Liga Overwatch

Liga Overwatch Musim Kedua Menyediakan Hadiah Yang Lebih Lumayan, USD5 Juta

2 tahun lalu

Liga Overwatch Musim Kedua Menyediakan Hadiah Yang Lebih Lumayan, USD5 Juta

Selepas kesemua pasukan baharu untuk musim kedua diperkenalkan secara rasmi, Blizzard kini berkongsikan lebih banyak perincian mengenai musim kedua Liga Overwatch seperti jadual, peta dan banyak lagi.

Seperti mana yang diumumkan pada rancangan Overwatch Leaegue Waypoint tempoh hari, Liga Overwatch akan mulai menguji format perlawanan di laman sendiri dan lawan. Untuk musim hadapan, tiga pasukan telah dipilih sebagai peneraju ujian ini iaitu pasukan Dallas Fuel, Atlanta Reign dan Los Angeles Valiant.

Mereka akan menjadi tuan rumah dan menganjurkan perlawanan di arena mereka sendiri. Bagi pasukan Dallas Fuel, ia akan diadakan di Allen Event Center di North Texas, sementara bagi LA Valiant, ia akan diadakan di arena The Novo oleh Microsoft di Los Angeles manakala bagi pasukan Atlanta Reign pula, lokasi arena mereka masih lagi belum diumumkan.

Dengan skala liga yang semakin membesar, jumlah hadiah untuk musim kedua ini juga akan ditingkatkan. Berbanding tahun lalu yang menawarkan hadiah sebesar USD3.5 juta, hadiah bagi tahun ini ditingkatkan kepada USD5 juta. 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments