Esukan

Acara Gaming Forever: 2019 Countdown Party Oleh The Pantheon Dibatalkan

2 tahun lalu

Acara Gaming Forever: 2019 Countdown Party Oleh The Pantheon Dibatalkan

The Pantheon, salah sebuah pusat esukan popular baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bakal menganjurkan sebuah parti sambutan tahun baru khas untuk golongan gamer. Dinamakan sebagai Gaming Forever: 2019 Countdown Party, acara tersebut bakal melibatkan persembahan muzik, pertandingan esukan dan zon pengalaman esukan.

Semasa mengumumkannya tempoh hari, mereka turut memberi tahu bahawa kumpulan muzik maya yang dicipta oleh Riot Games, K/DA bakal mengadakan persembahan. Namun begitu, semalam mereka mendedahkan bahawa atas sebab-sebab tertentu, acara ini terpaksa dibatalkan.

Tidak banyak perincian didedahkan oleh pihak The Pantheon pada ketika ini melainkan bahawa walaupun acara ini kini dibatalkan, acara sambutan tahun baru masih akan dijalankan memfokuskan kepada sisi permainan dan esukan. Dengan ini, dapat dilihat bahawa sisi persembahan muzik acara tersebut yang bermasalah.

Pihak mereka juga akan berkongsikan lebih banyak maklumat lagi berkaitan dengan acara sambutan tahun baru ini tidak lama lagi. 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments