Dota 2 Penstriman

Vici Gaming Denda rOtK Selepas Kelakukan Teruk Semasa Strim

2 tahun lalu

Vici Gaming Denda rOtK Selepas Kelakukan Teruk Semasa Strim

Jurulatih bagi pasukan Dota 2 Vici Gaming, Bai “rOtK” Fan dilanda kontroversi apabila beliau terlupa menamatkan strim dan beliau dilihat mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pasukan PSG.LGD selepas pasukan itu tewas kepada Natus Vincere.

Di dalam kejadian tersebut, rOtK berkata bahawa beliau telah melakukan pertaruhan dan disebabkan kekalahan pasukan PSG.LGD tersebut, beliau telah kehilangan duit. Perkara ini sudah tentu mengundang kontroversi kerana Valve tidak membenarkan mana-mana pihak yang terlibat dengan sisi kompetitif permainan mereka melakukan pertaruhan. Ini adalah kerana sebagai pemain atau personaliti, Valve menganggap mereka mempunyai hubungan yang mungkin memberikan kelebihan kepada orang umum.

VG coach ROTK talk about losing 7000 dollar from LGD vs NAVI online betting at his stream chanel. from r/DotA2

Vici Gaming menerusi kenyataan mereka memaklumkan sejurus insiden berkenaan diketahui pihak mereka, mereka telah berhubung dengan DouyuTV agi mendapatkan salinan video dan pemain dan staf bagi mendapatkan maklumat lebih jelas. Menurut siasatan merekaa, tiada aktiviti mencurigakan pada akaun rOtK menunjukkan beliau melakukan pertaruhan. 

Oleh yang demikian, kerana kelakuan tidak profesional beliau, rOtK didenda ¥100,000 (~RM60,602) dan dilarang melakukan strim untuk tempoh masa yang tidak ditentukan pada ketika ini. Vici Gaming turut memaklumkan mereka akan terus menyiasat perkara ini dan berkongsikan segala informasi baharu kelak. Akhir sekali, mereka memohon kemaafan terhadap komuniti dan pihak pasukan LGD.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments