CSGO

Juarai ESL Pro League S8, Astralis Bawa Pulang Gelaran Intel Grand Slam Dan Hadiah USD1.25 Juta

2 tahun lalu

Juarai ESL Pro League S8, Astralis Bawa Pulang Gelaran Intel Grand Slam Dan Hadiah USD1.25 Juta

Pasukan dari Denmark, Astralis memperoleh habuan terbesar di dalam sejarah permainan Counter Strike : Global Offensive apabila menjadi juara bagi ESL Pro League S8 sekaligus mengesahkan gelaran juara bagi Intel Grand Slam bagi musim pertama.

Astralis menewaskan pasukan Liquid di perlawanan akhir ESL Pro League S8, memberikan mereka hadiah sebesar USD125,000. Memandangkan ini merupakan gelaran ke-empat mereka di bawah siri Intel Grand Slam, mereka turut memperoleh bonus USD1 juta. Pada perlawanan akhir ESL Pro League S8, walaupun mempunyai rekod kemenangan 11-0 terhadap Liquid, Astralis dikejutkan mereka apabila ditewaskan pada peta pertama iaitu Train.

Di peta kedua iaitu Mirage, Liquid terus mempamerkan persembahan baik apabila menguasai separuh masa pertama sebagai Counter Terorist, menamatkannya dengan rekod 9-6. Namun segalanya berubah di separuh masa kedua apabila Astralis mulai bangkit dan mencuri rentak perlawanan. Peta ini kini dimiliki oleh Astralis dan mereka menguasai sepenuhnya separuh masa kedua dengan rekod 10-2 menyamakan keputusan semasa.

Astralis kemudiannya membawakan rentak yang diperoleh mereka pada peta ketiga dan keempat iaitu Inferno dan Dust 2. Liquid cuba bangkit kembali namun saha mereka menemui kegagalan. Kedua-dua peta tersebut berakhir dengan keputusan hampir sama iaitu 16-11 dan 16-10 menjadikan Astralis sebagai juara keseluruhan ESL Pro League S8.

Intel Grand Slam adalah bonus khas yang diberikan kepada mana-mana pasukan pertama yang memperoleh empat gelaran juara bagi mana-mana kejohanan dibawah ESL, DreamHack Masters dan termasuklah Intel Extreme Masters yang dikendalikan oleh ESL. Hadiah bonus ini diberikan terus kepada para pemain. Bagi musim pertama ini, ia bermula pada Julai 2017 lalu.

Astralis diberi gelaran ini selepas menjuarai kejohanan DreamHack Masters Marseille 2018, ESL Pro League Season 7, Intel Extreme Masters XIII – Chicago dan ESL Pro League S8. 

Sumber Gambar : ESL
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments