PUBG

Vikendi, Peta Bersalji Untuk PUBG Diperkenalkan Secara Rasmi

2 tahun lalu

Vikendi, Peta Bersalji Untuk PUBG Diperkenalkan Secara Rasmi

Dipertontonkan pada acara The Game Award, peta 6×6 km bertemakan salji untuk permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds kini rasmi. Pata dinamakan sebagai Vikendi ini boleh dimainkan bermula hari ini pada pelayan ujian dan akan tiba ke pelayan umum untuk platform PC pada 19 Disember ini.

Bagi platform Xbox dan Playstation pula, peta serba baharu ini akan diperkenalkan pada bulan Januari 2019 kelak. Vikendi merupakan sebuah pulau peranginan yang mempunyai pelbagai tarikan seperti Taman Dinosaur (Dino Park), istana lama, Cosmodrome iaitu tempat pelancaran roket dan pelbagai lagi. Bersama dengan peta musim sejuk ini juga hadir kemaskini #24 untuk permainan tersebut yang membawakan pelbagai perkara baharu. 

Peta Mini Vikendi

Untuk peta Vikendi, dua item baharu tiba secara eksklusif untuk dimainkan di peta tersebut iaitu senjata G36C Assault Rifle yang mengantikan SCAR dan kereta salji yang ammpu memuatkan dua orang pemain pada satu-satu masa. Salji di peta ini juga akan meninggalkan kesan tapak kaki dan kenderaan untuk sat tempoh masa terhad, membolehkan musuh dikesan dengan lebih mudah.

Selain daripada perkara berkaitan dengan peta Vikendi, kemaskini ini juga membawakan perubahan kepada sistem ulang tayang (replay) yang membolehkan video lebih dinamik dihasilkan menggunakannya. Sistem payung terjun permainan ini yang popular dengan kekurangannya berbanding permainan lain juga akan ditambah baik. Kemaskini payng terjun ini akan mulai diuji bermula pada 10 Disember ini di pelayan ujian.

Senarai lengkap kesemua perubahan dan pembaikan yang tiba pada kemaskini #24 ini boleh dibaca dengan lengkap disini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments