CSGO

CS:GO Kini Percuma, Hadir Dengan Mod Permainan Battle Royale – Danger Zone

2 tahun lalu

CS:GO Kini Percuma, Hadir Dengan Mod Permainan Battle Royale – Danger Zone

Selepas mengacah untuk berberapa hari, Counter Strike : Global Offensive secara rasminya memperkenalkan mod permainan Battle royale tersendiri mereka hari ini.

Digelar sebagai Danger Zone, mod permainan ini adalah berbeza dengan mod permainan battle royale lain di pasaran kerana ia mengandungi misi yang boleh dilaksanakan seperti menyelamatkan tebusan dan membunuh lawan bernilai tinggi untuk wang tambahan. Pemain boleh menggunakan wang yang diperoleh untuk membeli kelengakapan tersendiri mereka semasa bermain.

Permainan Danger Zone ini akan melibatkan maksimum 18 orang pemain dan boleh dimainkan secara solo, duo atau trio. Sebuah kotak item Danger Zone juga diperkenalkan dengan 17 skin senjata rekaan khas oleh komuniti. Dalam pada masa yang sama, pemain yang bermain mod permainan baharu ini dengan status Prime juga akan menerima skin khas Souvenir MP5-SD | Lab Rats yang ditawarkan untuk masa terhad.

Kotak item Danger Zone
Kotak item Danger Zone

Walaupun baru sahaja menawarkan permainan luar-talian secara percuma tidak lama dahulu, CSGO kini adalah percuma untuk dimainkan sepenuhnya. Namun begitu, pemain boleh menaiktaraf kepada status Prime yang akan memberikan beberapa kelebihan seperti pemadan pemain khas untuk pemain berstatus Prime, hadiah khas, item dan kotak item tambahan eksklusif lainnya. Pada ketika ini, ia berharga RM63 untuk menaiktaraf kepada status Prime. Para pemain yang telah membeli permainan ini sebelum ini pula akan dinaik-taraf secara automatik walaupun tidak menambah masuk nombor telefon mereka sebelum ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments