Liga Overwatch

Liga Overwatch Musim Ke-2 Akan Mulai Mengadakan Perlawanan Di Arena Tersendiri Pasukan

3 tahun lalu

Liga Overwatch Musim Ke-2 Akan Mulai Mengadakan Perlawanan Di Arena Tersendiri Pasukan

Sejak dari awal lagi Liga Overwatch ditubuhkan dengan misi menjadi permainan esukan bersifat global dengan setiap pasukan bermain mewakili bandar pengkalan mereka. Format perlawanan di laman sendiri dan lawan akan diadakan dan pasukan akan terbang ke serata dunia untuk bermain.

Walaupun Blizzard mensasarkan format ini akan digunakan bermula pada tahun 2020 kelak, mereka nampaknya akan mulai menguji logistik format ini dengan menyertakan bermula pada musim kedua tidak lama lagi. Perkara ini disahkan pada rancangan Overwatch Leaegue Waypoint yang bersiaran pada awal pagi tadi membincangan pratonton Liga Overwatch musim kedua.

Tiada maklumat lengkap dikongsikan pada ketika ini mengenai lokasi perlawanan di lokasi tuan rumah ini namun ia dijangkakan akan melibatkan pasukan yang berpengkalan di Amerika Syarikat sahaja. Majoriti perlawanan lainnya akan masih berlangsung di Blizzard Arena. Berikut adalah antara beberapa perincian lainnya yang didedahkan mengenai Liga Overwatch musim kedua:

  • 28 perlawanan bagi setiap pasukan di musim biasa
  • Perlawanan kini akan berlangsung dari Khamis sehingga Ahad
  • Perlawanan All-Star akan diadakan selepas tamatnya Tahap Ke-2 liga
  • 8 pasukan akan mara ke pusingan kalah-mati tahap dengan 2 slot pertama diberikan kepada pemenang divisyen
  • 8 pasukan akan mara ke pusingan kalah-mati musim dengan 6 pasukan teratas diberikan slot masuk secara automatik
  • Baki 2 pasukan akan diberikan kepada pemenang pusingan play-in (yang melibatkan pasukan yang berada di tangga ke-7 sehingga 12 liga).

Pada rancangan Waypoint tersebut juga, jadual lengkap bagi minggu pertama Liga Overwatch musim kedua yang akan bermula ada 14 Februari 2019 kelak didedahkan kepada umum. Berikut adalah judual tersebut:

Jadual hari pertama, minggu pertama.
Jadual hari pertama, minggu pertama.
Jadual hari kedua, minggu pertama.
Jadual hari kedua, minggu pertama.
Jadual hari ketiga, minggu pertama.
Jadual hari ketiga, minggu pertama.
Jadual hari keempat, minggu pertama.
Jadual hari keempat, minggu pertama.