Esukan

The Pantheon Umum Gaming Forever: 2019 Countdown Party – Bakal Menyertakan Persembahan Dari K/DA

2 tahun lalu

The Pantheon Umum Gaming Forever: 2019 Countdown Party – Bakal Menyertakan Persembahan Dari K/DA

Salah sebuah pusat esukan ternama di Malaysia, The Pantheon hari ini mengumumkan penganjuran parti ambang tahun baru khas untuk golongan gamer iaitu Gaming Forever: 2019 Countdown Party.

Bagi menyambut tibanya tahun baharu 2019, parti ini akan menyertakan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan golongan gamer seperti zon pengalaman, pertandingan, permainan konsol, permainan simulasi perlumbaan, realiti maya, kosplay dan ruang permainan mudah alih. Selain daripada itu, The Pantheon turut mengumumkan bahawa kumpulan muzik realiti maya yang dihasilkan oleh Riot Games, K/DA akan melakukan persembahan langsung di acara tersebut.

Walaubagaimanapun, mereka tidak memaklumkan sama ada persembahan tersebut akan dilakukan oleh ahli K/DA iaitu Kai’Sa, Ahri,  Akali dan Evelynn secara maya ataupun ia akan disertai penyanyi yang menyuarakan mereka iaitu Madison Beer, (G)I-DLE dan Jaira Burns. Oleh kerana acara ini dilakukan di The Pantheon itu sendiri dan tiada bayaran tiket masuk dikenakan, adalah selamat untuk menjangkakan bahawa hanya watak maya kumpulan tersebut akan melakukan persembahan kerana jika (G)I-DLE hadir, maka kami merasakan bahawa tempat acara berlangsung akan sesak dipenuhi peminat genre muzik kpop.

Pihak The Pantheon bagaimanapun masih belum mendedahkan perincian lengkap mengenai acara ini. Oleh yang demikian, mungkin ada kejutan dan mungkin Madison Beer, (G)I-DLE dan Jaira Burns akan hadir pada hari tersebut. Nantikan perkembangan lanjut mengenai perkara ini dari mereka kelak.

Layari : Gaming Forever: 2019 Countdown Party

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments