Liga Overwatch

Kenali 8 Pasukan Baharu Di Liga Overwatch – Jenama, Pemilik Dan Pemain

2 tahun lalu

Kenali 8 Pasukan Baharu Di Liga Overwatch – Jenama, Pemilik Dan Pemain

Sebanyak 8 pasukan baharu telah rasmi akan menyertai musim kedua Liga Overwatch menjadikan jumlah keseluruhan pasukan bertanding kini mencecah 20 pasukan. 8 pasukan tersebut mewakili 8 bandar dari seluruh dunia iaitu Atlanta, Chengdu, Hangzhou, Guangzhou, Paris, Toronto, Vancouver, dan Washington, D.C.

Pada ketika ini, kesemua lapan pasukan tersebut telah pun mendedahkan penjenamaan mereka termasuklah logo, warna tema dan nama pasukan masing-masing. Oleh yang demikian, artikel ini akan memperincikan segala perihal terkini (19 Disember 2018) mengenai pasukan-pasukan tersebut.

Atlanta Reign (Atlanta)

Mewakili bandar Atlanta di Georgia, pasukan ini memilih Atlanta Reign sebagai nama rasmi mereka. Atlanta Reign dimiliki oleh Atlanta Esports Ventures, sebuah kerjasama antara syarikat gergasi telekomunikasi Cox Enterprises dan Province. Dengan warna rasmi kelabu arang, kelabu lembut dan merah, pasukan ini memilih burung legenda Phoenix sebagai tema utama logo mereka.

Phoenix tersebut berada di dalam gencana diraja bersesuaian dengan nama pasukan. Logo tersebut turut merujuk kepada tera rasmi bandar Atlanta. Berikut adalah antara ahli pasukan ini :

  • Brad “Sephy” Rajani (Ketua jurulatih)
  • Steven “Kodak” Rosenberger (Pemain posisi sokongan)
  • Petja “Masaa” Kantanen (Pemain posisi sokongan)
  • Ilya “Nlaaer” Koppalov (Pemain DPS)
  • Jun “Erster” Jeong (Pemain DPS)
  • Daniel “Dafran” Francesca (Pemain DPS)
  • Hyeon-Jun “Pokpo” Park (Pemain Tank)
  • Blake “Gator” Scott (Pemain Tank)
  • Dong-Hyung “Daco” Seo (Pemain Flex Tank)

Paris Eternal (Paris)

Dimiliki oleh DM Esports, Paris Eternal merupakan pasukan pertama dari negara Perancis. Nama Eternal dipilih bagi merujuk kepada api (eternal flame) yang telah menyala sejak dari tahun 1921 di bawah Arc de Triomphe di kota Paris. Logo pasukan pula dipilih berdasarkan Gallic rooster, simbol kebangsaan Perancis. Logo tersebut turut direka menyerupai simbol infiniti bersesuaian dengan nama pasukan.

Logo ini berwarna burgundy iaitu ungu kemerahan, salah sebuah dari empat warna rasmi pasukan. Tiga lagi warna yang dipilih adalah putih, biru dan emas. Berikut adalah antara ahli pasukan Paris Eternal:

  • Damien “Hyp” Souville (Pemain posisi sokongan)
  • Harrison “Kruise” Pond (Pemain posisi sokongan)
  • Luís “Greyy” Perestrelo (Pemain posisi sokongan)
  • Benjamin “Benbest” Dieulafait (Pemain Tank)
  • Finnbjörn “Finnsi” Jónasson (Pemain Tank)
  • Roni “LhCloudy” Tiihonen  (Pemain Tank)
  • Terence “Soon” Tarlier (Pemain DPS)
  • Georgii “Shadowburn” Gushcha (Pemain DPS)
  • Nicolas “Nicogdh” Moret (Pemain DPS)
  • Karol “Danye” Szcześniak (Pemain DPS)

Toronto Defiant (Toronto)

Berpengkalan di bandar Toronto, Ontario, pasukan ini dimiliki oleh syarikat OverActive Media Group dan dikendalikan oleh organisasi esukan Splyce. Warna rasmi pasukan adalah merah, kelabu, hitam dan putih. Logo pasukan direka berasaskan abjad T dan D iaitu akronim nama pasukan ini iaitu Toronto Defiant. Nama tersebut pula dipilih bagi mewakili kekuatan, daya tahan dan karekter pasukan tersebut. Antara ahli pasukan adalah :

  • Beoum-Jun “Bishop” Lee (Ketua jurulatih)
  • Se-Hyun “Neko” Park (Pemain posisi sokongan)
  • Kang-Jae “Envy” Lee (Pemain Flex Tank)
  • Seung-Hyun “Ivy” Lee (Pemain DPS)
  • Do-Hyung “Stellar” Lee (Pemain DPS)
  • Gyeong-Mu “Lycan” Jo (Pemain Tank)
  • Jae-Yoon “Aid” Go (Pemain posisi sokongan)
  • Joo-Seong “Roky” Park (Pemain posisi sokongan)
  • Joon-Seong “Asher” Choi (Pemain DPS)

Washington Justice (Washington, DC)

Mewakili bandaraya Washington iaitu ibu negara Amerika Syarikat, Washington Justice memilih warna rasmi yang sama dengan Amerika Syarikat iaitu merah, putih dan biru. Logo pasukan direka dengan rekaan perisai dengan bertemakan Amerika Syarikat sendiri seperti bintang dan monumen Washington Monument yang turut direka menyerupai abjad W. Pasukan ini dimiliki oleh  Washington Esports Ventures, yang diketuai oleh ahli perniagaan Mark Ein.

Nama Justice dipilih kerana nilai keadilan dilihat sebagai bersesuaian dengan bandaraya tersebut. Keadilan juga merupakan moto utama bandaraya Wasshington iaitu “Justitia Omnibus” yang memberi makna keadilan untuk semua. Berikut adalah antara ahli pasukan ini pada ketika ini:

  • Hyeong-Seok “WizardHyeong” Kim (Ketua jurulatih)
  • Kyoung-Ei Molly “AVALLA” Kim (Pembantu jurulatih)
  • Mikael “mkL” Skjønhaug (Pengalisis)
  • Jun-Hwa “Janus” Song (Pemain Tank utama)
  • Ethan “Stratus” Yankel (DPS)
  • Corey “Corey” Nigra (DPS)
  • Hyang-Ki “Sansam” Kim (Flex Tank)
  • Hyeon-Woo “Hyeonu” Cho (Sokongan)
  • Riley “Fahzix” Taylor (Sokongan)
  • Gi-Hyeon “Ado” Chon (DPS)

Chengdu Hunters (Chengdu, China)

Dengan logo bertemakan panda gergasi, pasukan ini dimiliki oleh Huya, platform penstriman popular di China. Nama Chengdu Hunters dipilih dengan makna keberanian, kepintaran, kepantasan dan kerjasama. Pasukan ini akan dikendalikan oleh Huya dan organisasi esukan popular Royal Never Give Up. Warna rasmi mereka adalah jingga, emas, hitam dan putih.

Berikut adalah antara ahli pasukan mereka:

  • Xingrui “RUI” Wang (Jurulatih)
  • Chia-Hua “Ray” Chang (Jurulatih)
  • Chunting “Kyo” Kong (Pemain posisi sokongan)
  • Li “Garry” Guan (Pemain posisi sokongan)
  • Xianyao “Yveltal” Li (Pemain posisi sokongan)
  • Tianbin “Lateyoung” Ma (Pemain Tank)
  • Menghan “Ameng” Ding (Pemain Tank)
  • Wenjie “Elsa” Luo (Pemain Tank)
  • Hu “Jinmu” Yi
  • Tzu-Heng “Baconjack” Lo
  • Zhihao “YangXiaoLong” Zhang

Guangzhou Charge (Guangzhou)

Dengan visi menjadi pendahulu dalam esukan di China, pasukan yang dimiliki oleh Nengkin Group ini memilih Guangzhou Charge sebagai nama rasmi mereka. Logo pasukan direka dengan abjad G dan Z yang dipisahkan oleh ruang kosong yang menyerupai simbol kilat. Logo pasukan juga dihiasi warna rasmi mereka iaitu indigo, cyan dan hijau laut.

Berikut adalah ahli pasukan Guangzhou Charge:

  • Hyo-Jin “J1n” Choi (Jurulatih)
  • Seung-Min “TyDolla” Jung (Jurulatih)
  • Sung-Woo “Sungwoo” Hong (Jurulatih)
  • Seung-Pyo “Rio” Oh (Pemain Tank)
  • Hong-Jun “Hotba” Choi (Pemain Tank)
  • Jung-Yeon “Chara” Kim (Pemain posisi sokongan)
  • Lizhen “Onlywish” Chen (Pemain posisi sokongan)
  • Jin-Seo “Shu” Kim (Pemain posisi sokongan)
  • Won-Jae “Wonjaelee” Lee (Pemain posisi sokongan)
  • Yiliang “Eileen” Ou (Pemain DPS)
  • Jung-Woo “Happy” Lee (Pemain DPS)
  • Finley “Kyb” Adisi (Pemain DPS)
  • Charlie “Nero” Zwarg (Pemain DPS)

Hangzhou Spark (Hangzhou)

Pada mulanya dikhabarkan memilih nama Railgun, pasukan ini akhirnya dinamakan sebagai Spark dengan logo gerakan tangan yang merupai piston tangan. Logo ini dan nama Railgun adalah hasil daripada minat  Xu Yi, pengasas laman Bilibili.com iaitu pemilik pasukan ini pada siri anime A Certain Scientific Railgun. Seperti mana watak utama anime tersebut, pasukan ini memilih warna merah jambu sebagai warna rasmi mereka disamping warna biru dan putih. Berikut adalah senarai ahli pasukan Hangzhou Spark:

  • Mu-Ho “Mask” Lee (Jurulatih)
  • Seung-Jun “Sup7eme” Han (Jurulatih)
  • Han “YinDong” Gao (Jurulatih)
  • Qiulin “Guxue” Xu (Pemain Tank)
  • Da-Un “Nosmite” Jeong (Pemain Tank)
  • ung-Wook “Ria” Park (Pemain Tank)
  • Jae-Hwan “Adora” Kang (Pemain Tank)
  • Kyeong-Bo “GodsB” Kim (Pemain DPS)
  • Jun-Ki “Bazzi” Park (Pemain DPS)
  • Shilong “Krystal” Cai (Pemain DPS)
  • Hee-Chang “Bebe” Yoon (Pemain posisi sokongan)
  • Ho-Jin “IDK” Park (Pemain posisi sokongan)
  • Hyung-Keun “Revenge” Ahn (Pemain posisi sokongan)

Vancouver Titans (Vancouver)

Pasukan kedua dari Kanada ini dimiliki oleh Aquilini Investment Group yang terkenal sebagai pemilik kepada pasukan Vancouver Cancuks dan Rogers Arena. Titans memilih warna biru, hijau  dan putih sebagai warna rasmi mereka mewakili bandar Vancouver yang dikelilingi oleh lautan Pasifik. Logo pasukan pula menyertakan Sasquatch, makhluk lagenda yang terkenal di Pacific Northwest. Berikut adalah antara ahli pasukan Titans :

  • Hyeon-Woo “Jjanu” Choi (Pemain Tank)
  • Sang-Beom “Bumper” Park (Pemain Tank)
  • Ju-Seok “Twilight” Lee (Pemain posisi sokongan)
  • Seong-Jun “Slime” Kim (Pemain posisi sokongan)
  • Jung-Geun “Rapel” Kim (Pemain posisi sokongan)
  • Hyo-Jong “Haksal” Kim (Pemain DPS)
  • Chung-Hee “Stitch” Lee (Pemain DPS)
  • Dong-Eun “Hooreg” Lee (Pemain DPS)
  • Min-Soo “Seominsoo” Seo (Pemain DPS)
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments