Esukan

Ekspo Esukan Sarawak Ditangguhkan Berikutan Kes Letupan Di CityOne Megamall

2 tahun lalu

Ekspo Esukan Sarawak Ditangguhkan Berikutan Kes Letupan Di CityOne Megamall

Sepatutnya berlangsung pada  7 sehingga 9 Disember ini, Ekspo E-Sukan Sarawak (Sarawak Esports Expo) 2018 terpaksa ditangguhkan apabila lokasi penganjuran, Cityone Megamall terlibat dengan sebuah kes letupan beberapa hari lalu.

Kes letupan yang dikhabarkan berpunca daripada letupan gas itu menyebabkan tiga orang terbunuh dan 41 yang lain cedera. Pihak penganjur ekspo, Persatuan E-sukan Sarawak (SESA) secara rasminya menangguhkan acara akibat daripada kes tersebut. Tarikh baru penganjuran bagaimanapun masih lagi belum ditentukan pada ketika ini.

Antara aktiviti yang dirancang untuk dilakukan pada ekspo tersebut adalah aktiviti seperti kejohanan e-sukan di platform pc dan konsol PS4, Ruang pengalaman realiti maya dan forum dan dialog e-sukan. Akibat penangguhan ini, beberapa kejohanan dan program dari rakan kerjasama ekspo ini akan berlangsung secara berasingan kerana ia tidak akan ditangguhkan bersama-sama dengan ekspo ini.

Sumber : Persatuan E-sukan Sarawak (SESA)

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments