League of Legends

Video Muzik K/DA – POP/STARS Mencapai Jumlah Tontonan Melebihi 100 Juta

2 tahun lalu

Video Muzik K/DA – POP/STARS Mencapai Jumlah Tontonan Melebihi 100 Juta

Lagu POP/STAR oleh K/DA menjadi salah sebuah lagu paling popular yang dihasilkan oleh Riot Games apabila kini ia telah mengumpul lebih dari 100 juta tontonan di laman Youtube.

Dilancarkan pada acara akhir kejohanan League of Legends World Championship 2018, lagu itu menjadi popular dikalangan pemain dan komuniti sehingga mengatasi lagu rasmi kejohanan tersebut iaitu Rise (The Glitch Mob, Mako, dan The Word Alive) yang pada ketika ini mempunyai jumlah tontonan melebihi 78 juta.

K/DA merupakan kumpulan muzik pop realiti maya yang dibarisi oleh Ahri, Evelynn, Kai’Sa dan Akali. Lagu POP/STAR bagaimanapun dinayanyikan oleh penyanyi sebenar iaitu Madison Beer, Miyeon (G)I-DLE, Soyeon (G)I-DLE dan Jaira Burns. 

Persembahan yang diadakan di Stadium Munhak, Incheon, Korea Selatan juga menyertakan teknologi realiti gabungan dimana watak-watak K/DA turut sama menyanyi di pentas akhir Worlds tersebut.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments