Vainglory

Vainglory Rentas-Platform Akan Dilancarkan Pada Awal Tahun 2019 – Versi Konsol Menjelang Akhir 2019

2 tahun lalu

Vainglory Rentas-Platform Akan Dilancarkan Pada Awal Tahun 2019 – Versi Konsol Menjelang Akhir 2019

Superevil Megacorp, pembangun kepada permainan Vainglory hari ini telah mengumumkan bahawa versi PC dan MacOS permainan tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada awal tahun 2019 bersama-sama dengan kemaskini 4.0 permainan itu.

Dalam pada masa yang sama, SEMC turut mengumumkan kerjasama dengan syarikat gergasi China, NetEase bagi menyokong pelancaran Vainglory rentas-paltofrm di negara China. Ujian alfa bagi versi rentas-platform ini telah pun berjalan sejak dari bulan Julai lalu. Selain daripada PC dan MacOS, Vainglory turut mengumumkan bahawa mereka merangcang untuk melancarakan versi konsol menjelang akhir tahun 2019 kelak.

Vainglory 4.0 akan menyertakan permainan rentas-platform, antaramuka rentas-platform yang direka semula, fungsi komunikasi yang ditambah baik, mod permainan baharu dan banyak lagi. Bagi fungsi rentas-platfrom, SEMC menegaskan bahawa ia akan hadir dengan kesetaraan kompetitif dan permainan tidak akan dipengaruhi oleh platform tetapi skill pemain  itu sendiri.

Sumber : SEMC (1) / SEMC (2)

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments