League of Legends

Bertukar Kepada Sistem Francais, EU LCS Dijenamakan Semula Kepada LEC

2 tahun lalu

Bertukar Kepada Sistem Francais, EU LCS Dijenamakan Semula Kepada LEC

Pada bulan Mac 2018 yang lalu, Riot Games telah mendedahkan bahawa Liga LCS Eropah (European League of Legends Championship Series) bakal mengikut jejak langkah liga LCS Amerika Utara dan China untuk menggunakan sistem francais bermula pada tahun 2019 kelak.

Menjelang berakhirnya tahun 2018 ini, Riot Games telah mendedahkan bahawa bukan sahaja format liga akan berubah, penjenamaannya akan turut sama diperbaharui. Liga LCS Eropah akan bertukar nama kepada Kejuaraan League of Legends Eropah (League of Legends European Championship). Logo serba baru dan aset media lainnya telah dipertontonkan bersama-sama dengan senarai pasukan yang diterima masuk ke dalam liga ini.

Seperti mana liga berformatkan francais lainnya, LEC juga bermatlamat untuk mencipta sebuah liga yang stabil dan lebih bersatu. Antara kelebihan format ini adalah seperti perkongsian keuntungan diantara Riot Games dan pasukan yang menyertainya. Pemain juga akan menerima gaji minimum  sebanyak €60,000 (~RM287,000) setahun berserta dengan pendapatan lainnya.

Bagi musim pertama, liga ini akan disertai oleh 10 buah pasukan iaitu :

  • Fnatic
  • Schalke 04
  • G2 Esports
  • Misfits Gaming
  • Origen
  • Excel Esports
  • Rogue
  • Sk Gaming
  • Splyce
  • Team Vitality

Perlawanan pertama musim baharu itu akan bermula pada 18 Januari 2019 (waktu Eropah). Perincian lainnya akan didedahkan pada minggu-minggu mendatang.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments