Chongqing Major : Kuku Tidak Digantung Namun Kejohanan Mungkin Dibatalkan Sekiranya Beliau Hadir
Kes pengantungan bekas pemain Complexity, Rolen Andrei Gabriel “Skemberlu” Ong dan pemain pasukan TNC Predator, Carlo “Kuku” Palad dari menghadiri kejohanan Dota 2 The Chongqing Major menjadi semakin rumit apabila pihak penganjur, Starladder dan ImbaTV disahkan tidak mengantung kedua pemain tersebut daripada menghadirinya.
Namun begitu, pihak berkuasa tempatan bandar tersebut dilihat masih tegas akan menghalang kedua pemain tersebut dari menyertai acara tersebut. Menurut TNC, sekiranya Kuku mengambil keputusan untuk menghadiri kejohanan tersebut, beliauu mungkin akan dihalang masuk ke negara tersebut oleh pihak berkuasa tempatan. Kejohanan tersebut juga berisiko untuk dibatalkan sekiraya beliau menghadirinya. Pihak penganjur juga tidak dapat menjamin keselamatan beliau sekiranya beliau berada di sana kelak.
3. The organizers will not be able to guarantee his safety should he attend
The organizers also informed us that neither TNC nor Kuku is banned from attending the Major.
— TNC Predator 🇵🇭 (@TNCPredator) December 2, 2018
Isu ini bermula apabila kedua pemain tersebut melakukan ucapan berbaur perkauman terhadap kaum China semasa bermain sebelum ini. Ini menyebabkan masyarakat China melakukan protes terhadap Valve kerana mahu mereka dihukum. Valve bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan bertoleransi dengan isu perkauman namun masih memberikan hak menghukum kepada organisasi pemain itu sendiri. TNC dan Complexity telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka dan menghukum kedua-dua orang pemain tersebut.
Dengan perkembangan terbaru ini yang memperlihatkan pihak berkuasa tempatan di bandar tersebut yang masih tegas dengan keputusan mereka, ramai pihak masih menanti kenyataan rasmi mereka berkaitan perkara ini. Ramai pihak merasakan bahawa hukuman ini adalah terlalu keras terhadap kedua pemain tersebut. Pengulas, Grant “GranDGranT” Harris, pengacara Paul”Redeye” Chaloner dan David “GoDz” Parker telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menghadiri kejohanan tersebut sekiranya kedua pemain tersebut dihalang dari menyertainya.
Bekas pemain profesional dan kini personaliti Dota 2, Henrik “AdmiralBulldog” Ahnberg pula mengumumkan beliau tidak akan menghadiri sebarang acara Valve di China termasuklah The International 2019 sekiranya hukman ini tidak ditarik semula. Memandangkan perkara ini melibatkan pihak berkuasa tempatan di China, mencari penyelesaian pastinya rumit. Apa sahaja keptusannya kelak, ia pasti akan memberikan efek kepada arena kompetitif Dota 2 yang selama ini agak bebas dari mana-mana peraturan ketat dan campur tangan pihak ketiga.
If kuku isn’t allowed to play at the major I refuse to cast officially for the major , we all make mistakes and 1 mistake should not forbid you from playing at a tournament that potentially decides your whole career
— Grant Harris (@GranDGranT) December 2, 2018
It's the same for me as long as the ban is coming from Chinese local government and not Valve. Just waiting to see what Valve say about it (if anything).
— David Parker | Godz (@BTSGoDz) December 2, 2018
same 🙂 i'm not going to any valve event thats in china unless the ban is lifted or dpc is removed. Including TI9. https://t.co/cI8BKuWryL
— Henrik Ahnberg (@AdmiralBulldog) December 2, 2018
I'm not going.
— Redeye (@PaulChaloner) December 2, 2018