Steam

Steam China Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

2 tahun lalu

Steam China Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Pada bulan Julai lepas, Valve dan Perfect World telah sedia mengumumkan bahawa mereka merancang untuk melancarkan Steam secara rasmi di China.

Tarikh pelancaran Steam China nampaknya semakin menghampiri apabila Valve dan Perfect World telah melakukan sidang media rasmi dan perjanjian rasmi di China berkaitan perkara tersebut. Dengan pelancaran Steam secara rasminya di China kelak, permainan yang ditawarkan di platform berkenaan kini boleh dipasarkan dengan lesen yang sah. Pada ketika ini, pengguna Steam di China masih boleh memuat-turun permainan namun ia tidak dilesenkan secara rasmi.

Steam China akan mengikut undang-undang tempatan di China dalam melesenkan permainan di platform itu. Tarikh pelancaran bagaimanapun masih lagi belum didedahkan kepada umum. Pada sidang media yang sama, penganjuran kejohanan The International 2019 yang akan diadakan di Shanghai juga diumumkan sekali lagi.

Sumber: ZhugeEX

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments