Artifact

Artifact Dilancarkan Secara Rasmi Bersama Sama Dengan Siri Komik Kedua “Call To Arms”

2 tahun lalu

Artifact Dilancarkan Secara Rasmi Bersama Sama Dengan Siri Komik Kedua “Call To Arms”

Artifact, permainan kedua di alam semesta Dota kini dilancarkan secara rasmi kepada umum. Permainan kad digital hasil kerjasama Valve bersama dengan pencipta permainan kad popular, Richard Garfield ini boleh dibeli dengan tanda harga RM85 di laman Steam.

[irp posts=”2540″ name=”Kenali Artifact – Bahagian 1 : Pengenalan”]

Artifact hadir dengan 10 dek kad (12 kad setiap pek), 5 tiket acara, 2 dek lengkap pemula (Red/Green Brawler dan Blue/Black Control). Pek tambahan pula boleh dibeli dengan harga USD1.99 (~RM8.33). Berada di alam semesta yang sama dengan Dota 2, permainan ini berkongsikan pelbagai elemen dan mekanik dari permainan Dota 2. Bersama dengan pelancaran ini juga, set kad pertama Artifact iaitu Call to Arms yang mengandungi 280 keping kad.

Siri komik kedua dengan nama yang sama juga dilancarkan bersama-sama dengan pelancaran rasmi ini. Ia berkisahkan tentang pertembngan antara tentera Red Mist yang diketuai oleh Sorla Khan dan Legion Commander bersama dengan tentera beliau. Ia juga merupakan permulaan revolusi di Roseleaf dan kepada peperangan diantara empat kuasa utama.

Layari : Komik Call To Arms / Siri Kenali Artifact

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments