Artifact

Valve Memperkenalkan Siri Komik Untuk Artifact Bermula Dengan Prelude

3 tahun lalu

Valve Memperkenalkan Siri Komik Untuk Artifact Bermula Dengan Prelude

Menjelang pelancaran rasmi permainan Artifact, Valve telah melancarkan siri komik khas untuk permainan itu hari ini. Memandangkan ia berkongsikan alam semesta yang sama dengan permainan Dota 2, siri komik ini akan menjelajah peribudaya yang mampu mengubah takdir watak-watak kedua-dua permainan.

Siri pertama dinamakan sebagai Prelude dan boleh dibaca dan dimuat-turun di sini. Pada hari pelancaran nanti, siri kedua akan dilancarkan dengan tajuk Call to Arms yang dikhabarkan akan menjadi titik permulaan siri peristiwa yang akan mengubah alam semesta Dota selamanya.

Selepas tamatnya ujian tekanan pelayan pada hari ini, Artifact juga akan menerima kemaskini kecil yang mebawakan beberapa penambahbaikan membuang pepijat. Para pemain yang telah menempah permainan ini juga akan boleh melakukan pramuat permainan selepas kemaskini itu untuk bersiap sedia menjelang pelancaran rasmi pada 29 November ini.

Layari : Komik Artifact (Prelude)