Esukan

Esukan Sah Akan Dipertandingkan Di Sukan SEA 2019 Di Filipina

2 tahun lalu

Esukan Sah Akan Dipertandingkan Di Sukan SEA 2019 Di Filipina

Sukan Asia Tenggara (SEA Games) ke-30 akan berlangsung pada bulan November 2019 di Filipina dan semalam telah berlangsungnya mesyuarat Persekutuan Sukan Asia Tenggara (Sea Games Federation (SEAGF)) di Manila bagi menentukan senarai akhir sukan yang akan dipertandingkan.

Di mesyuarat tersebut, seperti yang dijangkakan, sebanyak 56 sukan telah disahkan akan dipertandingkan termasuklah esukan menjadikannya sebagai edisi terbesar temasya Sukan SEA. Walaubagaimanapun, esukan dan empat sukan lain iaitu kurash, luncur air, papan luncur dan ju-jitsu masih perlu melalui permohonan rasmi kepada SEAGF menerusi badan persekutuan masing-masing sama ada di peringkat Asia ataupun Antarabangsa sebelum 15 Disember ini.

Menurut  laporan sebelum ini, sebanyak 3 judul permainan esukan di jangka akan dipertandingkan dan tuan rumah Filipina akan menentukannya. Malaysia selaku juara edisi ke-29, dijangka akan menyertai 41 buah sukan. Datuk Seri Norza Zakaria , Pengerusi Majlis Olimpik Malaysia berkata bahawa mesyuarat MOM pada dua minggu yang lalu menjangkakan jumlah tersebut akan disertai kontijen Malaysia namun senarai akhir akan ditentukan selepas pihak tuan rumah mengumumkan senarai lengkap acara pada bulan Januari 2019 kelak.

Sukan Asia Tenggara Ke-20 akan bermula pada 30 November sehingga 10 Disember 2019 kelak di tiga bandar utama di Filipina iaitu Metro Manila, Subic dan Clark Green City.

Sumber : The Straits Times, New Straits Times

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments