Kuku Dan Skemberlu Dilaporkan Bakal Digantung Dari Menyertai The Chongqing Major
Lanjutan daripada kes penggunaan bahasa berbaur perkauman tempoh hari oleh bekas pemain Complexity, Rolen Andrei Gabriel “Skemberlu” Ong dan pemain pasukan TNC Predator, Carlo “Kuku” Palad, mereka dilaporkan bakal digantung dari menyertai kejohanan The Chongqing Major.
Penganjur kejohanan tersebut dan kerajaan China dilaporkan sedang berusaha untuk melakukan pengantungan tersebut. Perkara ini didedahkan oleh David “Godz” Parker, pengulas dan pengasas syarikat Beyond The Summit. Bekas kapten dan rakan sepasukan Skemberlu, Jacky “EternaLEnVy” Mao turut mengesahkan bahawa perkara ini adalah benar.
Kes perkaman tempoh hari menerima reaksi besar dari komuniti di China yang mendesak Valve menghukum mereka. Valve bagaimanapun telah menyerluarkan kenyataan dan seperti sebelum ini, memberikan hak menghukum kepada organisasi pemain tersebut.
So, rumor has it that the China organizers/govt involved in the Chongqing major are pushing a ban on Kuku and Skem from participating…
Will be interesting to see if/how valve step in.
— David Parker | Godz (@BTSGoDz) November 23, 2018
It’s not a rumour. Skem n Kuku are most likely going to get banned. Personally don’t feel like they deserve such a harsh punishment if they don’t have malicious intent in what they have said
— EternaLEnVy (@EternaLEnVy1991) November 24, 2018
it's not a rumor, the municipal government met to discuss after outrage and anger grew over what people in China felt was an inadequate or delayed response and reportedly came to the organizer saying: "this event cannot have these two players"
— Jack Chen (@KBBQDotA) November 24, 2018
It's not a rumor. Skemberlu and Kuku are both banned from attending the Chongqing Major. Col and TNC were both contacted prior to the event and were asked if they wanted to kick the players.
There is still a chance that this ban can be extended and block them from attending TI9.
— Matthew Bailey (@Cyborgmatt) November 24, 2018
Pada ketika ini, tiada pengumuman rasmi dari mana-mana pihak yang terlibat seperti Valve, TNC dan Complexity walaupun beberapa personaliti telah mengesahkannya. Menurut Cyborgmatt, beberapa pasukan turut telah menyuarakan bantahan terhadap keputusan ini. Memandangkan perkara ini jarang berlaku kerana budaya Valve yang tidak mahu mencampuri terlalu banyak perkara seperti ini, pasti menarik melihat respon mereka terhadap permintaan penganjur ini.
Berbeza dengan Blizzard dan Riot Games yang sering mengeluarkan denda kepada pemain, Valve lebih gemar membiarkan organisasi pemain menghukum pemain mereka sendiri sekiranya berlaku masalah berbanding daripada mencampurinya. Jika perkara ini diluluskan, diharapkan dunia kompetitif Dota 2 tidak dipenuhi dengan peraturan-peraturan ketat selepas ini.