Artifact

Kenali Artifact – Bahagian 3 : Kad

2 tahun lalu

Kenali Artifact – Bahagian 3 : Kad

Artikel ini adalah termasuk di bawah siri Kenali Artifact.


Usai membeli permainan Artifact, anda akan menerima 10 dek kad (12 kad setiap pek), 5 tiket acara, 2 dek lengkap pemula (Red/Green Brawler dan Blue/Black Control). Pada pelancaran, Artifact mempunyai 48 hero dan 280+ keping kad. Berikut adalah perincian mengenai kad di dalam permainan Artifact.

Elemen

Berikut adalah elemen pada kad.

Warna

Kad hero, creep, mantera (spell) dan penambahbaikan (improvement) di dalam permainan Artifact hadir dengan empat warna iaitu Merah, Biru, Hitam dan Hijau. Kad item pula berwarna kuning-gangsa-ish.

Red – Merah

  • Kad bewarna merah lebih memfokuskan kepada permainan aggresif. Ia hadir dengan nilai butir (stats) yang tinggi dan namun mempunyai mantera yang lemah. Kad bewarna merah kuat pada awal permainan namun tidak begitu baik di lewat permainan.

Blue – Biru

  • Kad berwarna biru pula bertentangan dengan kad berwarna merah. Ia lemah di awal permainan namun menjadi semakin kuat pada lewat permainan. Ia hadir dengan mantera yang lebih berbahaya dan lebih kepada gaya mengawal permainan.

Black – Hitam

  • Hitam pula adalah kad yang hadir dengan kuasa yang kuat sama ada dari hero mahupun mantera. Ia sesuai untuk menyerang hero dan menara musuh. Kad mantera berwarna hitam memfokuskan kepada mobiliti dan pengumpulan emas yang berbahaya membolehkan pemain mendahului dengan mudah jika tidak diatasi.

Green – Hijau

  • Kad berwarna hijau memfokuskan kepada sokongan. Hadir dengan kad yang mampu menyeru unit dan elemen penyembuhan/penambahbaikan bagi menyokong unit di papan permainan.

Kenadiran (Rarity)

Seperti mana warna, terdapat empat nilai kenadiran (rarity) pada kad iaitu Asas (Basic), Biasa (Common), Luar biasa (Uncommon) dan Jarang/Nadir (Rare). (*Walaupun luar biasa nampak lebih hebat berbanding jarang di dalam Bahasa Melayu, jarang bertaraf lebih tinggi di dalam konteks ini.)

Basic – Asas

  • Kad dengan ikon kenadiran berwarna putih-perak-ish adalah kad asas. Ia diperlukan untuk bermain dan diberikan usai pembelian permainan ini. Contoh kad asas adalah Healing Salve, Town Portal Scroll dan Melee Creep.

Common – Biasa

  • Kad dengan ikon kenadiran berwarna gangsa-ish adalah kad biasa.

Uncommon – Luar Biasa

  • Kad dengan ikon kenadiran berwarna perak-kelabu-ish adalah kad luar biasa.

Rare – Jarang

  • Kad dengan ikon kenadiran berwarna emas-ish adalah kad jarang. Setiap pek kad mengandungi sekurang-kurangnya satu kad bertaraf ini.

Jenis Kad

 

Hero

Setiap dek wajib mempunyai 5 hero. Pada ketika ini (Nov 2018), terdapat 48 hero yang boleh dipilih pada permainan ini. Kad hero dibahagikan kepada empat warna iaitu merah, biru, hijau dan hitam. Setiap hero hadir dengan kad unik (Signature Card) yang tidak boleh dijual atau didagang. Jika kad hero dipilih, tiga salinan kad unik ini akan ditambah masuk kedalam dek secara automatik. Mempunyai salinan hero yang sama di dalam dek adalah dibenarkan di dalam permainan ini. Pemain boleh menentukan kedudukan hero pada dek, namun, pada permulaan permainan, tiga hero pertama akan dibahagikan secara rawak pada setiap satu lorong. Pemain kemudiannya bebas meletakkan hero pada mana-mana lorong(mengikut fasa). Hero juga tidak memerlukan mana semasa diletakkan. Sekiranya hero mati, ia akan hidup kembali selepas dua pusingan.

Kad hero.

Kebanyakan hero juga hadir dengan efek/abiliti khas. ia dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Aktif (Active), Pasif (Passive) dan Berterusan (Continuous).

  • Aktif
    • Abiliti ini perlu diaktifkan oleh pemain. Ia mempunyai masa aktif semula tersendiri. Masa aktif semula ini akan berkurangan walaupun hero tersebut sedang mati.
  • Pasif
    • Abiliti ini tidak perlu diaktifkan oleh pemain. Ia akan aktif secara automatik sekiranya keadaan permainan memenuhi kriteria yang diperlukan.
  • Berterusan
    • Abiliti ini sentiasa aktif selagi hero tersebut berada di lorong.

Hero juga menentukan kad mantera yang boleh digunakan pada sesebuah lorong. Hanya kad mantera yang mempunyai warna yang sama dengan warna kad hero yang berada di lorong boleh digunakan di lorong tersebut. Hero juga mempunyai tiga buah slot item di kad mereka untuk menambah kuasa serangan, perisai dan aksesori/nyawa.

Slot item pada kad hero.
 

Item

Seperti yang dinyatakan di atas, setiap kad hero mempunyai tiga slot item iaitu senjata serangan, perisai dan aksesori. Item boleh dibeli menggunakan emas di kedai semasa fasa pembelian (Shopping phase). Selain dari tiga jenis tersebut, terdapat juga item guna habis (consumbale). Penggunaan item tidak memerlukan mana.

  • Senjata (Weapon)
    • Item ini meningkatkan kuasa serangan hero. Ia juga boleh mengandungi bonus lainnya seperti contoh, Blink Dagger hadir dengan penambahan 2 nilai butir serangan dan abiliti aktif membolehkan hero dipindahkan ke lorong lain.
Contoh kad item senjata.
  • Perisai (Armor)
    • Item ini menambah nilai butir perisai hero dengan mengurangkan kuasa serangan lawan. Ia juga boleh mengandungi bonus lain seperti debuff pada unit lawan dan abiliti aktif lainnya.
  • Contoh kad item perisai.
  • Aksesori (Accessories)
    • Item aksesori memfokuskan kepada keselamatan hero dengan menambah nilai nyawa mereka. Ia juga boleh mengandngi bonus dan abiliti lainnya.
  • Contoh item aksesori.
  • Guna Habis (Consumables)
    • Item dari jenis ini boleh dibeli dibahagian consumable semasa fasa pembelian (shopping phase). Ia tidak diambil dari dek pemain tetapi dijana khas oleh permainan secara rawak iaitu satu kad bagi setiap fasa pembelian. Seperti namanya, item ini hanya boleh digunakan sekali sahaja sebelum ia habis (kecuali ia dibeli semula dari kedai).
  • Contoh kad guna habis.

    Kedai Item

    Skrin paparan fasa pembelian.

    Di setiap akhir pusingan, akan ada sebuah fasa pembelian (Shopping phase). Ia merupakan cara utama untuk pemain memperoleh kad item mereka. Kad item ini boleh dibeli menggunakan emas yang dikumpul. Terdapat tiga bahagian di kedai item iaitu Kedai Rahsia (Secret Shop),  Dek item dan Item guna habis (Consumable).

    • Kedai Rahsia
      • Menawarkan sebuah item khas bagi setiap fasa. Item yang ditawarkan adalah dijana oleh permainan dan tidak hadir dari dek pemain. Item yang ditawarkan pada kebiasaannya adalah lebih mahal dari item biasa dan lebih berkuasa. Pemain boleh memilih untuk menahan sesuatu item sehinggga fasa pembelian seterusnya dengan harga 1 emas.
    • Dek Item
      • Dek item menawarkan kad item daripada dek pemain. Ia mengandungi 9 keping kad yang ditawarkan secara rawak.
    • Guna Habis
      • Menawarkan 1 keping kad item guna habis di setiap fasa pembelian. Ia dijana secara automatik dan rawak oleh permainan.
     

    Mantera (Spell)

    Kad mantera memerlukan mana untuk digunakan. Ia hadir dengan empat jenis warna iaitu Hijau, Hitam, Biru dan Merah. Ia juga hanya boleh digunakan sekiranya terdapat hero dengan warna yang sama di lorong tersebut. Kad mantera dimainkan pada fasa aksi (Action Phase) di setiap pusingan. Kad mantera hadir dengan pelbagai abiliti seperti kebolehan menyeru unit creep, mengubahsuai unit, menyerang unit musuh dan banyak lagi. Terdapat jga kad mantera yang boleh digunakan pada lorong lain tanpa mengikut turutan lorong permainan.

    Contoh kad mantera.
     

    Creep

    Seperti mana Dota 2, Artifact juga mempunyai creep. Namun begitu, Artifact mempunyai lebih banyak jenis creep berbanding dengan Dota 2. Kad creep hadir dengan ciri yang sama dengan mantera di mana ia memerlukan kad hero dengan warna yang sama pada lorong dan juga memerlukan mana untuk digunakan. Creep mempunyai ciri yang sama dengan hero iaitu mempunyai nilai butir Serangan, Perisai dan Nyawa namun tidak boleh dilengkapkan dengan item. Item guna habis tertentu bagaimanapun boleh digunakan pada melee creep seperti Healing Salve.

    Melee creep bagaimanapun adalah kad berstatus neutral dan berwarna kekelabuan berbeza dengan creep lainnya. Ia adalah creep paling asas yang diperoleh automatik di permulaan pusingan (2 unit) dan diletakkan secara rawak di lorong. Ia juga boleh diseru oleh kad tertentu seperti Barracks dan Dimensional Portal.

    Contoh kad creep.
     

    Penambahbaikan (Improvement)

    Kad penambahbaikan adalah salah satu jenis mantera yang memberikan efek kepada lorong permainan. Lebih daripada 1 kad boleh digunakan di sesebuah lorong pada satu-satu masa. Sekiranya dibiarkan sahaja dan tidak dimusnahkan, pemain boleh memperoleh kelebihan yang besar.

    Terdapat tiga jenis kad penambahbaikan dengan ikon tersendiri(di tengah kad). Selepas kad digunakan, ikon ini akan terbang, diletakkan di lorong bagi menandakan kad ini sedang digunakan.:

    • Aktif
      • Perlu diaktifkan oleh pemain dan mempunyai masa aktif semula. Ikon ia mempunyai 6 pancang.
    • Pasif
      • Aktif apabila sesuatu aksi atau fasa bermula. Ikon ia mempunyai 3 pancang.
    • Berterusan
      • Sentiasa aktif memberikan efek pada lorong. Tidak mempunyai pancang pada ikonnya.
    Contoh kad penambahbaikan.
    Contoh ikon kad penambahbaikan yang sedang aktif di lorong.

    Kitar Semula

    Kad boleh dikitar semula kepada tiket acara. Sebanyak 12 kad diperlukan bagi mencipta sekeping tiket acara.

    guest
    0 Comments
    Inline Feedbacks
    View all comments