Artifact

Selepas Dikritik, Artifact Terima Kemaskini Penuhi Beberapa Permintaan Komuniti

2 tahun lalu

Selepas Dikritik, Artifact Terima Kemaskini Penuhi Beberapa Permintaan Komuniti

Non Disclosure Agreement (NDA) bagi permainan Artifact telah berakhir pada 18 November lalu memperlihatkan ramai peserta ujian Beta (bukan umum) telah mulai melakukan strim permainan itu dan memuat-naik kandungan berkaitan permainan tersebut kepada umum.

Walaupun ujian beta tertutup umum hanya akan bermula pada 19 November (waktu pasifik), menerusi siaran dan kandungan yang telah dipamerkan, beberapa peserta beta (bukan umum) dan komuniti mulai memberikan maklumbalas dan kritikan terhadap permainan ini memandangkan ia kelihatan seperti mod permainan utama di dalam permainan ini memerlukan bayaran untuk diakses. Beberapa perkara lainnya turut dibangkitkan ramai seperti mod acara draf yang hanya boleh dimainkan secara berbayar.

Oleh yang demikian, Valve telah melancarkan kemaskini terbaru pada klien permainan tersebut membawakan beberapa perubahan yang diminta oleh komuniti. Pertama sekali, selepas ini pemain boleh memilih Call To Arms Phantom Draft pada mana-mana kejohanan ciptaan pemain (mod acara phantom draf) membolehkan mereka bermain bersama dengan rakan tanpa perlu mengeluarkan wang.

Pemain juga kini boleh berlatih bermain mod acara draf tanpa perlu menggunakan tiket acara (berbayar). Mod Casual Phantom Draft telah ditambah pada bahagian permainan kasual. Terakhir sekali, sistem kitar semula kad akan ditambah masuk ke dalam permainan Artifact, kad yang tidak diperlukan di kitar semula kepada tiket acara. Ini juga menyelesaikan masalah kad pendua yang diperoleh dari pek kad yang dibeli.

Menerusi respon di laman reddit r/artifact, komuniti menerima baik kemaskini ini. Rata-rata kini bersetju permainan tersebut kini lebih berbaloi untuk dibeli berbanding dengan sebelum ini yang terlalu dikunci dibelakang pagar bayaran. Bagi anda yang berminat, Artifact boleh dibeli di platform Steam dengan tanda harga RM85.00 dan akan dilancarkan kepada umum pada 29 November ini.

Sumber : Artifact

 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments