Lebih 20 Orang Pemain Liga Overwatch Dilaporkan Menggunakan Adderall Ketika Bermain
Fokus dan reaksi merupakan perkara yang penting semasa bermain permainan e-sukan. Reaksi yang pantas terhadap pergerakkan dan tindakan lawan mampu memberikan kemenangan kepada pasukan.
Oleh yang demikian, dadah peningkat prestasi Adderall merupakan dadah pilihan pemain profesional e-sukan. Pada tahun 2015 lalu, pemain CSGO Kory “SEMPHIS” Friesen mengakui bahawa beliau dan pasukan menggunakan dadah tersebut pada kejohanan ESL One Katowice. Sejak dari itu, ESL mulai melakukan saringan rawak di setiap kejohanan mereka.
Aderall merupakan ubat yang diberikan kepada pesakit ADHD dan mampu memberikan fokus yang lebih tajam kepada penggunanya. Walaupun tiada kajian menunjukkan bahawa penggunaan Adderall membantu meningkatkan prestasi pemain e-sukan profesionall, banyak penganjur telah mengharamkan penggunaannya. Semalam, Timo “Taimou” Kettunen, pemain profesional bagi pasukan Dallas Fuel di Liga Overwatch berkata bahawa lebih kurang 20 orang pemain di liga tersebut menggunakan Adderall ketika bermain.
Taimou says there's 'like 20 players or so' in Overwatch League who use adderall. Reports from other esports games and anecdotes from players say that adderall/amphetamine usage is high among players in FPS esports games. pic.twitter.com/9biuDIY9Sk
— Rod Breslau (@Slasher) November 12, 2018
Berbeza dengan permainan lain yang melakukan ujian penggunaan dadah peningkat prestasi, Liga Overwatch bagaimanapun tidak mempunyai sebarang peraturan mengenainya. Pesuruhjaya Liga Overwtach, Nate Nanzer berkata bahawa tiada kajian saintifik menunjukkan bahawa dadah peningkat prestasi membantu pemain e-sukan bermain dengan lebih baik. Oleh yang demikian, tiada keperluan bagi melakukan saringan penggunaanya pada ketika ini Liga Overwatch ujar beliau.
Perkara ini menimbulkan beberapa respon di laman Twitter seperti Jimmy “HighDistortion” Moreno dari pasukan Fortnite TSM yang mendakwa lebih separuh pemain profesional Gears of War menggunakan dadah tersebut. Peter “PPD” Dager, kapten pasukan Dota 2 untuk Ninjas in Pyjamas pula berkata bahawa arena kompetitif Dota 2 tidak mempunyai masalah penggunaan dadah. Menurut PPD, masalah penggunaan Adderall ini lebih serius bagi permainan Penembak Pandang Pertama (FPS) terutamanya di Amerika Syarikat.
We have been testing (for amphetamines and other substances) at our big events ever since we first introduced it in 2015, supervised and organised by ESIC. I don't have the numbers off the top of my head but we must have administered hundreds of random tests by now. No positives. https://t.co/0B1R31cVT7
— Ulrich Schulze (@theflyingdj) November 12, 2018
Nothing happened with DotA nor is it an issue. FPS games rely on focus and reaction times much moreso than dota-esque games which is why adderall is likely an growing problem for FPS games that are popular in the US. Pair that with their ease of access and there's a problem.
— Peter Dager (@Peterpandam) November 12, 2018