Artifact

Kenali Artifact – Bahagian 1 : Pengenalan

2 tahun lalu

Kenali Artifact – Bahagian 1 : Pengenalan

Artikel ini adalah termasuk di bawah siri Kenali Artifact.


Dilancarkan pada 29 November 2018, Artifact merupakan sebuah permainan kad digital yang dibangunkan oleh Valve Corporation. Berkongsi dunia yang sama dengan Dota 2, permainan ini direka oleh Richard Channing Garfield yang terkenal dengan permainan Magic: The Gathering.

Permainan ini memfokuskan kepada pertarungan antara dua orang pemain di dalam talian dengan misi memusnahkan menara atau Ancient lawan. Memandangkan permainan ini berkongsikan alam semesta yang sama dengan Dota 2, ia meminjam pelbagai watak, item, peribudaya dan mekanik daripada permainan itu.

Untuk bermain permainan ini, pemain harus membina dek kad tersendiri dimana kad boleh dibeli atau didagang di Steam Marketplace. Terdapat empat jenis kad iaitu Hitam, Biru, Merah dan Hijau yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Seperti mana Dota 2, Artifact mempunyai tiga buah lorong untuk dimainkan dimana setiap lorong mempunyai papan permainan tersendiri.

Paparan papan permainan Artifact

Untuk menewaskan pihak lawan, pemain harus memusnahkan dua menara atau Ancient lawan. Artifact dijual bermula pada harga RM85 dan hadir dengan 10 dek kad (12 kad setiap pek), 5 tiket acara, 2 dek lengkap pemula (Red/Green Brawler dan Blue/Black Control). Pek tambahan pula boleh dibeli dengan harga USD1.99 (~RM8.33).

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments