Artifact

Heffaklumpen Menjuarai Kejohanan Pratonton Artifact

2 tahun lalu

Heffaklumpen Menjuarai Kejohanan Pratonton Artifact

Berlangsung selama dua hari, Kejohanan Pratonton Artifact yang dianjurkan oleh Beyond The Summit berakhir dengan kemenangan kepada Joel “heffaklumpen” Larsson.

Heffaklumpen menamatkan kejohanan dengan rekod bersih tanpa kalah walau satu perlawanan. Di perlawanan akhir beliau menewaskan Miguel “MegaMogwai” Guerrero. Disertai seramai 128 orang pemain, kejohanan ini merupakan kejohanan pertama yang dipertontonkan kepada umum.

Keputusan:

  • Joel “heffaklumpen” Larsson (Juara – USD4,000)
  • Miguel “MegaMogwai” Guerrero (Kedua – USD2,000)
  • Kuro “KuroKy” Salehi Takhasomi (3/4 – USD1,000)
  • Dane “DaneHearth” McCappin (3/4 – USD1,000)

Non Disclosure Agreement (NDA) bagi permainan ini juga akan berakhir pada 17 November ini memperlihatkan ramai peserta ujian Beta akan mulai melakukan strim permainan itu. Artifact kemudian akan memulakan ujian beta pada 19 November ini sebelum dilancarkan kepada umum pada 29 November ini. Bagi anda yang berminat, Artifact boleh dibeli di platform Steam  dengan tanda harga Rm85.00.

 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments