Dota 2

Valve Keluar Kenyataan Rasmi Berkaitan Dengan Kontroversi Perkauman

2 tahun lalu

Valve Keluar Kenyataan Rasmi Berkaitan Dengan Kontroversi Perkauman

Komuniti Dota 2 sepanjang minggu ini berdepan dengan kontroversi perkauman yang meledak selepas Skemberlu, pemain bagi pasukan Complexity mengeluarkan komen perkauman terhadap pasukan dari China.

Kontroversi itu kemudiannya bertambah teruk apabila pemain pasukan TNC, kuku turut melakukan perkara yang sama ketika bermain perlawanan umum. Walaupun organisasi kedua-dua orang pemain tersebut sudah mengeluarkan kenyataan dan hukuman kepada mereka, komuniti China mendesak Valve mengeluarkan kenyataan dan hukuman mereka bagi memastikan perkara ini tidak berulang.

Valve kekal berdiam diri dan hanya menghubungi pemain terlibat secara peribadi menyebabkan terdapat segelintir peminat dari China yang mengambil keputusan untuk menyerang kembali pemain dan komuniti dengan kata-kata perkauman. Hal ini menyebabkan kedua-dua komuniti barat, asia dan china berperang mempertahankan komuniti masing-masing.

Valve akhirnya hari ini hadir dengan kenyataan rasmi mereka berkaitan isu ini. Menurut Valve, di belakang tabir, mereka telah berkomunikasi dengan pemian dan personaliti Dota 2 bagi berbincang tentang perkara ini. Valve menegaskan bahawa mereka  tidak bertoleransi dengan isu perkauman dan meminta para pemain lebih bertanggungjawab dalam melakkan sesuatu perkara kerana mereka mewakili komuniti.

Valve berkata mereka sedia mengeluarkan hukuman keras sekiranya terdapat pihak yang mewakili komuniti mereka secara teruk. Diharapkan kesemua pihak lebih bertanggungjawab selepas ini dalam melakukan sesuatu perkara agar kebebasan yang diberikan oleh Valve ini berkekalan. Sekiranya Valve bertukar menjadi Blizzard mahupun Riot Games yang kerap kali memberikan hukuman terhadap isu termasuk  isu kecil, pasti arena kompetitif Dota 2 yang bersifat santai ini tidak akan berkekalan.

Sumber : Dota 2 (Valve)

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *