Dota 2

Pasukan Jemputan Bagi Pusingan Kelayakan Kejohanan The Chongqing Major Diumumkan

2 tahun lalu

Pasukan Jemputan Bagi Pusingan Kelayakan Kejohanan The Chongqing Major Diumumkan

Kejohanan Dota 2 Major kedua musim ini, The Chongqing Major akan berlangsung pada awal tahun hadapan. Seperti mana kejohanan lainnya musim ini, tiada pasukan akan menerima jemputan bertanding terus ke kejohanan itu dan semua perlu melalui pusingan kelayakan.

Pusingan kelayakan terbuka akan bermula pada 15 November ini manakala pusingan kelayakan rantau akan bermula pada 25 November kelak. Starladder selaku penganjur telah pun berkongsikan senarai pasukan yang dijemput terus ke pusingan kelayakan rantau memperlihatkan bagi rantau Asia Tenggara, pasukan Fnatic, Lotac, TNC Predator dan Tigers dijemput. Pasukan Mineski pula terpaksa melalui pusingan kelayakan terbuka selepas mempamerkan prestasi hambar sejak bermulanya musim. Berikut adalah senarai penuh pasukan jemputan setiap rantau:

  • Eropah (EU): Team Secret, Ninjas in Pyjamas, The Alliance, OG, Team Liquid
  • CIS: Virtus.pro, Gambit Esports, Natus Vincere, Team Spirit
  • Amerika Utara (NA): Evil Geniuses, Forward Gaming, J.Storm, compLexity Gaming
  • Amerika Selatan (SA): paiN Gaming, paiN X, Infamous, Playmakers Esports
  • Asia Tenggara (SEA): Fnatic, TNC Predator, Tigers, Lotac
  • China: PSG.LGD, Vici Gaming, Team Aster, Pemenang H-Cup

Bagi pusingan kelayakan terbuka, berikut adalah pautan bagi pendaftaran untuk rantau Asia Tenggara:

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments