Dota 2

Mushi Meninggalkan Mineski – Kini Agen Bebas

2 tahun lalu

Mushi Meninggalkan Mineski – Kini Agen Bebas

Kegagalan pasukan Mineski mempamerkan prestasi memuaskan pada permulaan musim ini nampaknya memberikan kesan pada pasukan itu apabila kapten mereka, Chai “Mushi” Yee Fung mengumumkan bahawa beliau kini tidak lagi bersama pasukan itu.

Selepas tamatnya The International 2018, Mineski mengambil tiga orang pemain baharu iaitu Damien “Kpii” Chok, Kim “Febby” Yongmin dan Thiay “JT-“Jun Wen. Dengan pengambilan JT- juga, Mushi bertukar posisi daripada carry kepada support. Walaupun membarisi pemain hebat, pasukan itu bagaimanapun gagal menyerlah dan tidak mampu melayakkan diri ke kejohanan minor dan major pertama musim ini.

Mineski pada ketika ini masih tidak mengumumkan siapa yang akan menjadi penganti kepada Mushi. Dengan pusingan kelayakan The Chongqing Major akan bermula tidak lama lagi, kedua-dua pihak harus segera mencari pemain dan berlatih untuk kejohanan tersebut. Antara kejayaan Mushi bersama dengan pasukan Mineski adalah dengan menjuarai kejohanan PGL Bucharest Minor 2017 dan kejohanan Major Dota 2 Asia Championships 2018.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments