League of Legends Legends of Runeterra

Riot Games Fail Tanda Dagang “Legends of Runeterra”. Permainan Baharu Sedang Dibangunkan?

2 tahun lalu

Riot Games Fail Tanda Dagang “Legends of Runeterra”. Permainan Baharu Sedang Dibangunkan?

Riot Games, pembangun kepada permainan popular League of Legends bakal hadir dengan permainan baharu? Seorang redditor u/zileanpredicts telah melakukan sedikit penyelidikan dan mendapati bahawa Riot Games telah memfailkan beberapa tanda dagang dengan nama “Legends of Runeterra“.

Tanda dagang yang difailkan pada bulan Oktober lalu itu meliputi beberapa kategori seperti perkakasan elektrik, pakaian, alat permainan, pengiklanan, telekomunikasi, hiburan, pendidikan dan komputer. Namun begitu, tanda dangang ini tidak mengesahkan sama ada ia akan menjadi sebuah judul permainan baharu untuk Riot Games. Bahkan, ia boleh jadi apa sahaja termasuklah filem, permainan mudah alih dan pelbagai lagi kerana tanda dagang yang difailkan meliputi pelbagai perkara.

Para peminat bagaimanapun mengharapkan agar ia merpakan sebuah permainan dengan genre MMORPG. Riot Games sebelum ini juga telah diura-urakan sedang membangunkan permainan bergenre fighting. Bagi anda yang tidak mengetahuinya, Runeterra merupakan alam semesta dimana berlangsungnya League of Legends. Mungkinkah ia adalah permainan kad seperti Artifact yang bakal dilancarakan oleh Valve? Sama-sama kita nantikan perkembangan perkara ini di masa akan datang.

Sumber : Reddit

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments