Artifact

Artifact Boleh Mulai Di Pratempah Esok Seiring Dengan Kejohanan Pratonton Permainan Itu

2 tahun lalu

Artifact Boleh Mulai Di Pratempah Esok Seiring Dengan Kejohanan Pratonton Permainan Itu

Permainan kad digital oleh Valve, Artifact akan dilancarkan secara rasmi pada 29 November ini. Namun begitu, bagi memperkenalkan permainan ini, sebuah kejohanan pratonton akan diadakan elok melibatkan 128 orang pemain.

Bakal dianjurkan oleh Beyond The Summit (Beyond The Artifact), kejohanan ini menawarkan hadiah sebesar USD10,000. Antara pemain yang akan menyertainya adalah Sebastian “Forsen” Hans Eli Fors, George “Hyped” Maganzini, Alex ‘Sheepsticked’ Roberts, Ben “Noxville” Steenhuisen dan ramai lagi. Kejohanan ini akan disiarkan di laman penstriman milik Valve iaitu Steam.tv.

Bersama-sama dengan kejohanan itu juga, permainan Artifact akan mulai menerima pratempah. Bagi anda yang bermiant, pratempah tersebut boleh dilakukan di laman Artifact di Steam. Artifact akan dijual pada tanda harga USD20 (~RM83.68) yang hadir dengan 10 dek kad (12 kad setiap pek), 5 tiket acara, 2 dek lengkap pemula (Red/Green Brawler dan Blue/Black Control). Pek tambahan pula boleh dibeli dengan harga USD1.99 (~RM8.33).

 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments