League of Legends

Atas Permintaan Ramai, Efek Neon Pada Kostum K/DA Akali Ditambah Masuk Ke Dalam Permainan LoL

2 tahun lalu

Atas Permintaan Ramai, Efek Neon Pada Kostum K/DA Akali Ditambah Masuk Ke Dalam Permainan LoL

Selepas dilancarkan pada acara pembukaan perlawanan akhir Worlds 2018 lalu, lagu dan video muzik K/DA – POP/STAR terus menjadi popular dan sudah pun mempunyai lebih 32 juta tontonan di laman Youtube dalam masa 6 hari sahaja.

Di dalam video muzik tersebut, terdapat bahagian di mana Akali berada di dalam kereta api berpakaian neon dan perkara ini menjadi bualan hangat kerana ramai pemain merasakan bahawa efek tersebut amat menarik. Riot Games sendiri telah menukar thumbnail video tersebut di laman Youtube kepada gambar Neon Akali tersebut. Ramai peminat mula meminta Riot Games untuk menambahkan masuk efek tersebut secara rasmi kepada kostum K/DA.

Permintaan ini nampaknya bakal dilaksanakan oleh Riot Games apabila efek tersebut diperkenalkan secara rasmi dan telah mulai diuji di pelayan ujian PBE. Efek ini boleh dimiliki secara percuma apabila dilancarakan kepada umum kelak bagi mereka yang telah memiliki kostum K/DA. Efek ini akan muncul apabila Akali menggunakan abiliti Twilight Shroud beliau di dalam permainan.

Bagi anda yang masih belum menonton video muzik K/DA – POP/STAR pula, jangan terlepas dan tonton ia sekarang di bawah ini. Ia dinyanyikan oleh Madison Beer, Miyeon (G)I-DLE, Soyeon (G)I-DLE, Jaira Burns.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments