Esukan

Penganjur Kejohanan Seni Bela Diri One Championship Bakal Hadir Dengan Siri Kejohanan E-sukan

2 tahun lalu

Penganjur Kejohanan Seni Bela Diri One Championship Bakal Hadir Dengan Siri Kejohanan E-sukan

ONE Championship, organisasi seni bela diri yang terknal dengan penganjuran kejohanan MMA di Asia bakal terjun ke dunia kompetitif e-sukan apabila mengumumkan ONE eSports, siri kejohanan e-sukan tersendiri mereka.

ONE eSports akan dianjurkan bersama dengan kejohanan MMA One Championship di seluruh Asia. Siri kejohanan e-sukan yang akan diadakan bermula pada tahun hadapan ini adalah hasil kerjasama mereka bersama dengan syarikat Dentsu dari Jepun. Dalam pada masa yang sama, syarikat perkakasan popular Razer (Esports Mogul) dan syarikat telekomunikasi Singapura, Singtel akan turut membantu didalam penganjuran siri kejohanan kompetitif ini.

Dana sebesar USD50 juta (~RM207,580,000) telah disediakan oleh One Championship bagi perkara ini dan ia bukan sahaja akan digunakan untuk penganjuran siri kejohanan, tetapi juga dalam perhasilan kandungan berkaitan permainan seperti dokumentari, siri realiti dan vlog. Pada ketika ini, tiada sebarang judul permainan disahkan akan dipertandingkan. Dengan pengumuman belanjawan RM10 juta tempoh hari oleh kerajaan Malaysia dan pengumuman terbaru ini, arena e-sukan di Asia dilihat akan terus berkembang dengan meriah pada tahun hadapan.

Sumber : One Championship
Antara maklumat berkaitan dengan One Championship – Sumber : One Championship

Sumber : One Championship

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments