PUBG

PUBG Dedah Musim Kompetitif Global Bagi Tahun 2019 Dengan Hadiah Sebesar USD2 Juta

2 tahun lalu

PUBG Dedah Musim Kompetitif Global Bagi Tahun 2019 Dengan Hadiah Sebesar USD2 Juta

Bermula pada tahun 2019, permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds akan memulakan musim kompetitif rasmi di peringkat global. Musim pertama ini akan mempunyai 9 rantau kompetitif rasmi iaitu Amerika Utara (NPL), Eropah (PEL), Korea (PKL), China, Jepun (PJS), Chinese Taipei/Hong Kong/Macau, Asia Tenggara, Amerika Latin, dan Oceania yang akan hadir dengan siri kejohanan profesional tersendiri. 6 daripadanya akan menggunakan struktur liga profesional iaitu bagi rantau Amerika Utara (National PUBG League; NPL), Eropah (PUBG Europe League; PEL), Korea (PUBG Korea League; PKL), China, Jepun (PUBG Japan Series; PJS), dan Chinese Taipei/Hong Kong/Macau. Bagi Asia Tenggara, Amerika Latin dan Oceania, sistem pusingan profesional akan digunakan dengan beberapa siri kejohanan rasmi dianjurkan.
Pelan Perangcangan Musim Kompetitif Global PUBG
Pelan Perangcangan Musim Kompetitif Global PUBG
Setiap siri kejohanan dan liga akan berlangsung dalam tempoh masa yang digelar sebagai fasa. Bagi musim pertama ini, sebanyak 3 fasa telah dirancang untuk diadakan. Selepas berakhirnya fasa 1 dan 2 iaitu pada bulan April dan Julai, PUBG Corp telah merancang untuk mengadakan acara di peringkat global. Sebuah acara All-Star juga dirancang untuk diadakan sebelum bermulanya fasa ketiga. Musim kompetitif ini kemudiannya akan diakhiri dengan kejohanan besar iaitu PUBG Global Championship yang menyediakan hadiah sebesar USD1 juta. Secara keseluruhannya, PUBG Global Championship akan menyediakan hadiah sebesar USD2 juta namun mereka merancang untuk menambah lagi bonus lainnya yang akan didedahkan pada masa akan datang. Kesemua liga dan kejohanan yang dipertandingkan akan menggunakan peraturan yang sama iaitu menggunakan mod permainan sudut pandang pertama (FPP), Empat pemain bagi satu pasukan dengan 16 pasukan bagi setiap permainan, peta Erangel dan Miramar sahaja dan tetapan dan kiraan mata yang sama. Lebih banyak perincian mengenai perkara ini akan dikongsikan pada minggu-minggu mendatang. Walaupun PUBG Corp tidak menyediakan hadiah sebesar USD100 juta seperti Epic Games, dengan hadirnya liga dan kejohanan yang lebih berstruktur ini, arena kompetitif permainan ini pasti akan berlangsung dengan lebih meriah lagi.
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments