Persatuan E-sukan Sarawak Bakal Menganjur Ekspo E-sukan Disember Ini

Untuk memperkenalkan e-sukan dengan lebih lanjut di negeri Sarawak, Persatuan E-sukan Sarawak (SESA) akan menganjurkan sebuah Ekspo E-Sukan Sarawak (Sarawak Esports Expo) 2018 pada bulan Disember ini. Akan berlangsung pada 7 sehingga 9 Disember kelak di Cityone Megamall Kuching, Sarawak, ekspo ini telah menerima sokongan rasmi daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak dan Sarawak Sports Corporation (SSC). Terdapat pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang berlangsungnya eksppo ini seperti kejohanan e-sukan di platform pc dan konsol PS4, Ruang pengalaman realiti maya dan forum dan dialog e-sukan.

Leave a Comment