Dota 2

NiP Tidak Akan Didenda Kerana Menggunakan Pemain Gantian Di Kuala Lumpur Major

3 tahun lalu

NiP Tidak Akan Didenda Kerana Menggunakan Pemain Gantian Di Kuala Lumpur Major

Ninjas in Pyjamas baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka terpaksa menggunakan khidmat Ivan Borislavov “MinD_ContRoL” Ivanov dari Team Liquid untuk kejohanan The Kuala Lumpur Major selepas pemain asal mereka, Neta “33” Shapira gagal memperoleh visa ke Malaysia.

Masalah ini berpunca daripada taraf kerakyatan beliau dimana beliau berasal dari Israel yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Malaysia. Ini menyebabkan kapten NiP, PPD merungut tentang denda yang bakal dihadapi mereka kerana menggunakan pemain gantian di laman Twitter beliau.

Selepas perkara ini menarik perhatian ramai, Valve akhirnya mengesahkan bahawa NiP tidak akan menerima sebarang denda di The Kuala Lumpur Major memandangkan perkara berkaitan dengan diplomasi ini diluar kawalan mereka. Sekiranya NiP menamatkan kejohanan ini di kedudukan teratas, sebarang mata DPC yang diterima tidak akan menerima pengurangan. Salty no more.