Esukan

Kumpulan K-Pop Dengan Fokus Kepada E-sukan Ditubuhkan Di Korea

2 tahun lalu

Kumpulan K-Pop Dengan Fokus Kepada E-sukan Ditubuhkan Di Korea

Sejak kebelakangan ini, ramai artis di Korea Selatan mulai menubuhkan saluran Youtube dan penstriman peribadi tersendiri memandangkan lebih ramai anak muda menghabiskan masa di laman video tersebut. Dengan persaingan sengit di dalam industri hiburan di sana, penstriman dan vlogging dijadikan sebagai lapang baharu untuk menarik peminat.

Kepopularan permainan PUBG dan League  of Legends juga telah menarik lebih ramai artis di sana untuk bermain permainan tersebut. Melihat adanya kehendak di pasaran serba baru ini, syarikat permainan Actozsoft melalui Actozstars telah menubuhkan kumpulan projek K-Pop dengan fokus kepada e-sukan iaitu Aqua.

Mempunyai enam orang ahli, mereka semua adalah idol yang gemar meluangkan masa bermain permainan video dan bukanlah sekadar tangkap muat. Ahli pasukan ini pernah menyertai program realiti popular seperti Produce 48, Produce 101, Mixnine dan Kpop Star 6. Mereka akan diuruskan oleh Sora, bekas pemain profesional bagi permainan Starcraft II yang pernah bermain bbagi pasukan MVP Chicken Maru. Berikut adalah ahli paskan Aqua:

  • Kim Hye Rim (Kpop Star6)
  • Yoon Hae Sul (Produce 48)
  • Kim Si-Hyun (Mix Nine)
  • Baek Hyun-joo (Mix Nine)
  • Yoo Soo Ah (Produce 101)
  • Na Seing Ji (LimeSoda)

Aqua akan aktif di kedua industri hiburan dan permainan dan akan melancarakan lagu baharu pada bulan ini bertajuk Log In. Lagu tersebut dihasilkan oleh pasukan pernerbit bernama ZigZag Note yang pernah menghasilkan lagu bagi kumpulan K-Pop popular seperti BTS, Apink dan Twice.

Namun begitu, ini bukanlah idea yang baharu. Usaha yang sama pernah diadakan beberapa tahun dahulu. Namun dengan bidang penstriman mulai menjadi poplar sejak dari itu, mungkin usaha kali ini akan lebih berbaloi. Dengan menggabungkan dua industri popular di negara tersebut, tidak mustahil kumpulan ini bertemu kejayaan dan membuka trend baharu di sana.

Sumber : Inven Global

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments