League of Legends

K/DA Berkemungkinan Akan Melancarkan Lebih Banyak Lagu Selepas Ini

3 tahun lalu

K/DA Berkemungkinan Akan Melancarkan Lebih Banyak Lagu Selepas Ini

Kumpulan K-pop maya popular di alam semesta League of Legends, K/DA telah mempersembahkan lagu debut mereka di acara pembukaan perlawanan akhir kejohanan League of Legends Worlds Championship 2018.

Lagu bertajuk POP/STAR itu menerima respon yang baik dikalangan pemain dan peminat  dan telah menerima lebih 19 juta tontonan di laman Youtube. Dianggotai oleh empat orang ahli iaitu K/DA Ahri, K/DA Evelynn, K/DA Kai’Sa, dan K/DA Akali, mereka kini mungkin akan menghasilkan lebih banyak lagu selepas ini.

Menerusi wawancara dengan PopRox, beberapa jawapan yang diberikan memperlihatkan bahawa terdapat kemungkinan lebih banyak lagu akan dilancarkan oleh kumpulan itu. Apabila ditanya mengenai perancangan mereka selepas ini, Ahri memberikan jawapan bahawa mereka akan terus mengembara dan menghasilkan lagu. Evelynn pula memberikan respon bahawa mereka baru sahaja bermula.

Di dunia realiti, K/DA dinyanyikan oleh Madison Beer, Miyeon (G)I-DLE, Soyeon (G)I-DLE dan Jaira Burns. K/DA juga mempunyai profil artis tersendiri di laman Spotify. Ini menambahkan lebih banyak keyakinan bahawa mereka akan melancarakan lebih banyak lagu.

Hal ini adalah kerana Pentakill, satu-satunya kumpulan muzik maya lainnya yang dihasilkan oleh Riot Games turut mempunyai profil di laman tersebut. Pentakill, band muzik metal dihasilkan oleh Riot Game pada tahun 2014 lalu telah diberikan album penuh. Para peminat mengharapkan bahawa K/DA juga akan menerima nasib yang sama dan diberikan album penuh selepas ini.