FIFA

Beberapa Kit Jersi Organisasi E-sukan Dimasukkan Ke Dalam FIFA Ultimate Team

3 tahun lalu

Beberapa Kit Jersi Organisasi E-sukan Dimasukkan Ke Dalam FIFA Ultimate Team

FIFA Ultimate Team yang merupakan antara mod permainan paling popular bagi permainan FIFA telah menambah masuk kit jersi bagi beberapa organisasi e-sukan untuk digunakan secara percuma.

Para pemain kini bebas untuk menunjukkan sokongan terhadap pasukan kegemaran mereka selepas ini. Antara jersi pasukan yang telah ditambah masuk adalah Envy, SK Gaming, Newbee, Rogue, Natus Vincere, Hashtag United, Team Vitality, Futwiz, dan Mkers. Pek jersi ni boleh ditebus secara percuma di dalam permainan mengandungi sebanyak 13 kit jersi.