Overwatch

Overwatch Mempunyai Enam Hero Dalam Perancangan

2 tahun lalu

Overwatch Mempunyai Enam Hero Dalam Perancangan

Dilancarkan pada tahun 2016 lalu dengan 21 hero, Overwatch kini mempunyai 29 hero dengan hero terbaru, Ashe dilancarakan di acara pembukaan BlizzCon tempoh hari.

Jeff Kaplan,  pengarah permainan Overwatch menerusi wawancara bersama dengan Eurogamer berkata bahawa pada ketika ini, mereka mempnyai enam hero dalam perancangan termasuk Echo yang diperacahkan bersama dengan pelancaran Ashe. Apabila ditanya mengenai bilakah hero-hero ini akan dilancarakan, Jeff Kaplan berkata bahawa ia mungkin mengambil masa bertahun lamanya.

Jeff Kaplan turut mengesahkan bahawa permainan Overwatch akan kekal menggunakan sistem kotak tikam dan tidak akan bertukar kepada sistem Battlepass yang digunakan oleh permainan seperti Fortnite dan Dota 2. Menurut beliau, untuk bertukar kepada sistem Battlepass, ia memerlukan terlalu banyak kerja dilakukan dan ia adalah tidak ideal ntuk dilakukan. Sistem kotak tikam yang digunakan mereka juga adalah direka dengan baik dan adil, ujar beliau lagi.

Kotak tikam yang dijual mereka juga tidak mengandungi sebarang elemen bayar-untuk-menang dan hanya mengandungi perihal kosmetik hero. Para pemain juga berpuas hati dengan sistem yang digunakan pada ketika ini.

Sumber : Eurogamer

 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments