Dota 2

Kejohanan Dota 2 Major Kedua Akan Berlangsung Di Chongqing, China

2 tahun lalu

Kejohanan Dota 2 Major Kedua Akan Berlangsung Di Chongqing, China

Starladder dan ImbaTV telah mengumumkan bahawa mereka akan menjadi penganjur kepada kejohanan Dota 2 Major kedua musim ini.

The Chongqing Major akan berlangsung pada 19 sehingga 27  Januari depan dengan 16 pasukan terbaik dunia akan bertanding. Pusingan kelayakan di setiap rantau akan diadakan pada 25 sehingga 30 November ini untuk memilih 15 pasukan pertama. Baki slot satu pasukan akan diberikan kepada pemenang bagi kejohanan The  Bucharest Minor.

Seperti mana kejohanan major lainnya, The Chongqing Major akan menawarkan hadiah sebesar USD1 juta (~RM4,166,000) dan 15,000 mata DPC. Perincian lainnya berkaitan dengan pusingan kelayakan dan slot untuk setiap rantau akan diumumkan pada masa akan datang. Starladder juga telah mengesahkan bahawa mereka akan menjadi penganjur bagi dua lagi kejohanan Dota 2 Minor pada musim ini.


Dota 2 Pro Circuit 2018/2019 setakat ini.

  1. DreamLeague Minor M10
  2. The Kuala Lumpur Major
  3. The Bucharest Minor
  4. The Chongqing Major
  5. DreamLeague Major (The Stockholm Major)
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments