Dota 2

Tigers Mara Ke Kuala Lumpur – Juarai Kejohanan Dota 2 Minor DreamLeague Musim 10

2 tahun lalu

Tigers Mara Ke Kuala Lumpur – Juarai Kejohanan Dota 2 Minor DreamLeague Musim 10

Pasukan berpengakalan di Kuala Lumpur, Tigers bakal bermain di laman sendiri apabila melayakkan diri ke kejohanan The Kuala Lumpur Major selepas menjuarai kejohanan Dota 2 Minor DreamLeague Musim Ke-10.

Sebagai juara, Tigers memperoleh slot terakhir The Kuala Lumpur Major dan akan menyertai 15 pasukan lainnya yang telah melayakkan diri ke kejohanan tersebut. Pada perlawanan akhir DreamLeague Minor, Tigers berdepan dengan pasukan Natus Vincere. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan sengit 3-2 memihak kepada Tigers.

Berikut adalah keputusan dan hadiah bagi kejohanan ini:

  1. Tigers  (120 DPC Points – $125,000) (Mara ke Kuala Lumpur Major)
  2. Na’Vi (100 DPC Points – $70,000)
  3. RNG (36 DPC Points – $35,000)
  4. Infamous (70 DPC Points – $25,000)
  5. Complexity dan Vega Squadron (40 DPC Points – $15,000)
  6. ROOONS dan The Final Triba (20 DPC Points – $7,500)
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments