Dota 2

Pemain Berasal Dari Israel “33” Gagal Peroleh Visa Ke The Kuala Lumpur Major

2 tahun lalu

Pemain Berasal Dari Israel “33” Gagal Peroleh Visa Ke The Kuala Lumpur Major

Kejohanan Dota 2 The Kuala Lumpur Major akan bermulaa tidak lama lagi dan nampaknya pasukan Ninjas in Pyjamas terpaksa bermain dengan pemain gantian apabila pemain offlane mereka, Neta “33” Shapira gagal memperoleh visa ke Malaysia.

Pemain berusia 21 tahun itu berasal dari Israel yang sudah sedia maklum tidak mempunyai hubungan diplomasi dengan Malaysia. Walaupun memperoleh visa bukanlah perkara mustahil, warganegara Israel yang ingin ke Malaysia harus mendapatkan kebenaran khas dari Kementerian Dalam Negeri. Sebaik sahaja berjaya melayakkan diri ke kejohanan The Kuala Lumpur Major, NiP telah menghubungi PGL, selaku penganjur untuk membantu Neta mendapatkan visa ke Malaysia namun usaha mereka berakhir dengan kegagalan.

Oleh yang demikian, Ninjas in Pyjamas kini akan bermain dengan pemain gantian iaitu Ivan Borislavov “MinD_ContRoL” Ivanov dari Team Liquid. Kapten pasukan NiP, Peter “PPD” Dager bagaimanapun memuat-naik status di laman Twitter mempersoalkan denda yang bakal dihadapi mereka kerana bermain dengan pemain gantian. Menurut beliau, memandangkan perkara ini bukanlah salah mereka, tidak wajar mereka menerima denda. PPD turut berkata bahawa mereka telah cuba menghubungi Valve namun tidak menerima sebarang balasan.

The Kuala Lumpur Major akan berlangsung pada 11 sehingga 18 November ini bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai kejohanan major pertama untuk musim DPC 2018/2019. Sebanyak 16 pasukan akan menyertai kejohanan ini termasuk dengan juara kejohanan Dreamleague Minor iaitu pasukan Tigers. Ia menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD1,000,000.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments