Esukan

Esports Malaysia Keliru Dengan Peruntukan RM10 Juta Kepada MDEC

2 tahun lalu

Esports Malaysia Keliru Dengan Peruntukan RM10 Juta Kepada MDEC

Semasa pengumuman Belanjawan 2019 tempoh hari, bagi membangunkan arena e-sukan di negara ini, kerajaan telah memperuntukkan bajet sebesar RM10 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk menerajui usaha ini.

Datuk Latt Shariman Abdullah, presiden kepada Esports Malaysia berkata kepada NST bahawa beliau berterima kasih kepada kerajaan memberi peruntukan itu namun keliru sama ada ia akan digunakan untuk pembangunan perisian ataupun pembangunan atlet e-sukan. Beliau berkata bahawa bajet tersebut sewajarnya diberikan kepada organisasi di bawah kementerian belia dan sukan.

“Selalunya bajet untuk pembangunan sukan diletakkan dibawah Majlis Sukan Negara atau agensi lainnya di bawah KBS”, ujar beliau lagi. Menurut beliau, MDEC merupakan agensi yang lebih kepada pembangunan perisian. Justeru itu, ESM akan menghubungi MDEC untuk mendapatkan penjelasan yang lebih dalam lagi berkaitan dengan perkara ini.

Bagi anda yang tidak tahu, Esports Malaysia merupakan badan pentadbir rasmi yang bertanggungjawab dalam perihal e-sukan di Malaysia dan berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia  dan ahli kepada International e-Sports Federation (IeSF). Mereka sering kelihatan sebagai penyokong rasmi di poster-poster acara e-sukan di Malaysia.

Sumber : New Straits Times

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments