Dota 2

DreamLeague Musim Ke-11 (The Stockholm Major) Akan Menjadi Kejohanan Major DPC Ketiga Musim Ini

2 tahun lalu

DreamLeague Musim Ke-11 (The Stockholm Major) Akan Menjadi Kejohanan Major DPC Ketiga Musim Ini

DreamLeague Musim Ke-10 baru sahaja berakhir dengan pasukan Tigers menjadi juara dan melayakkan diri ke kejohanan Kuala Lumpur Major. Dengan berakhirnya musim ke-10 itu, perihal mengenai musim ke-11 telah didedahkan dimana ia akan menjadi sebuah kejohanan bertaraf major.

DreamLeague Musim Ke-11 (The Stockholm Major) akan menjadi kejohanan major ketiga di dalam musim DPC 2018/2019. Ia akan mempertandingkan 16 buah pasukan dengan 1 daripadanya hadir dari kejohanan minor ketiga yang masih lagi belum diumumkan. DreamLeaegue Musim Ke-11 akan berlangsung di Annexet, Stockholm pada 14 sehingga 24 Mac 2019 depan.

Sebagai kejohanan bertaraf major, ia menawarkan hadiah keselurhan berjumlah $1,000,000 (~RM 4,177,500) dan 15,000 mata DPC. Bagi kejohanan major kedua pula, ia akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments