Dota 2

Adam 343 Berpisah Dengan Royal Never Give Up

2 tahun lalu

Adam 343 Berpisah Dengan Royal Never Give Up

Sejurus tamatnya perlawanan antara Royal Never Give Up dengan Natus Vincere, pemain support bagi pasukan RNG, Adam Erwann Shah “343” bin Akhtar Hussein telah memuatnaik status mencari pasukan baharu.

Walaupun tewas kepada pasukan NaVi, mereka menamatkan kejohanan di tempat ketiga menyebabkan perkara ini mengejutkan para peminat. Namun begitu, berdasarkan kepada komen beliau semasa menjadi panel di kejohanan tersebut, pasukan RNG mempunyai masalah komunikasi yang menganggu kelancaran perlawanan mereka.

Arahan Adam selaku kapten di dalam perlawanan selalu gagal difahami oleh rakan sepasukan sehingga memaksa AhFu menjadi pengantara diantara mereka. Ini menyebabkan sinergi mereka tidak selari dan juga menganggu susun masa semasa bermain. Posisi belia akan diganti oleh Xue “September” Zhichuan, yang terkenal dengan bermain bersama pasukan LGD Gaming sebelum ini.

 

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *