Esukan

RM10 Juta Disediakan Kepada Industri E-sukan Dalam Belanjawan 2019

2 tahun lalu

RM10 Juta Disediakan Kepada Industri E-sukan Dalam Belanjawan 2019

Sewaktu perbentangan belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam, peruntukan sebesar RM10 juta telah diberikan kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk membangun dan menggalakkan E-Sports, sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati oleh generasi muda, yang melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital.

Nilai 10 juta bukanlah banyak di dalam industri yang menyediakan kejohanan dengan hadiah mencecah jutaan ringgit namun jika digunakan sebaiknya, ia mampu menjadi pemangkin yang diperlukan di dalam industri. Namun begitu, melalui apa yang dibentangkan, wujud sedikit kekeliruan mengenai fokus kerajaan ini.

yang melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital.

E-sukan adalah sisi kompetitif industri permainan. Tidak semua permainan mempunyai sisi kompetitif ini kerana ia ditentukan oleh komuniti dan bukannya pembangun. Pembangun boleh menghasilkan mod permainan kompetitif namun jika tiada pemain tertarik untuk bermain, ia tidak akan menjadi judul permainan e-sukan. Oleh yang demikian, menyatakan bahawa industri ini melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital menimbulkan pertanyaan sama ada kerajaan memahami fokus utama industri yang mereka mahu “bangunkan” ini.

Baca Juga :   Gambit Singkirkan Fnatic Untuk Jadi Pasukan Pertama Mara Ke Separuh Akhir Kraków Major

E-sukan dan permainan amat saling terkait namun juga amat berbeza. Jurutera perisian dan pemaju permainan digital adalah elemen penting di dalam pembangunan permainan namun bagi industri e-sukan, asas industri ini adalah pada pemain itu sendiri. Pemain bertanding pada permainan sedia ada dan tiada bakat pembangun tempatan diperlukan dari segi ini. Pembangunan permainan dan pembangunan e-sukan, walaupun mempunyai pelbagai elemen yang bertindih, adalah terlalu berbeza untuk diletakkan pada ruang yang sama.

Diharapkan, maklumat lengkap akan dibekalkan selepas ini untuk memberikan lebih banyak penjelasan berkaitan dengan isu ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments