Esukan

Razer Berjanji Labur RM10 Juta Untuk E-sukan Malaysia – Nafi Abai Singapura

2 tahun lalu

Razer Berjanji Labur RM10 Juta Untuk E-sukan Malaysia – Nafi Abai Singapura

Selepas kerajaan mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk pembangunan industri e-sukan di Malaysia, CEO Razer, Min-Liang Tan  mengumumkan bahawa mereka akan turut melabur dengan nilai yang sama bagi turut serta di dalam pembangunan industri e-sukan Malaysia pada tahun 2019.

Min-Liang Tan berkata bahawa mereka akan melabur RM10 juta tersebut bagi menaja pasukan, kejohanan dan juga pelaburan terhadap fasiliti e-sukan. Dalam pada masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa Razer tidak mengabaikan tanah air kelahiran beliau iaitu Singapura.

Terdapat peminat yang menemplak selepas pengumuman beliau melabur sebanyak RM10 juta di Malaysia. Razer adalah penyokong e-sukan terbesar di Singapura ujar beliau. Sepanjang tahun ini sahaja, Razer telah terlibat dengan beberapa kejohanan di Singapura seperti HyperPlay, SEA Major dan PVP Esports Championship.

Razer turut mmpunyai ratusan pekerja di Singapura dan telah menyokong atlet e-sukan Singapura seperti Ho Kun Xian iaitu pemain bagi permainan Street Fighter. Beliau mengakhiri respon yang dikeluarkan dengan meminta para peminat meraikan pembangunan e-sukan di rantau ini dan berhenti bersikap negatif.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments