Esukan

Menyamai Belanjawan 2019, The Pantheon Akan Turut Memperuntukkan RM10 Juta Bina 3 Lagi Cawangan

2 tahun lalu

Menyamai Belanjawan 2019, The Pantheon Akan Turut Memperuntukkan RM10 Juta Bina 3 Lagi Cawangan

Selepas Razer, sebuah lagi syarikat turut menyamai peruntukkan RM10 juta kerajaan terhadap industri e-sukan iaitu The Pantheon. The Pantheon adalah pusat e-sukan pertama di Malaysia yang hadir dengan pengesahan Platinum Geforce GTX iCafe.

Terletak di Subang Jaya, Selangor, The Pantheon sering dijadikan lokasi bagi pertandingan e-sukan. Mereka juga sering mengadakan acara berkaitan e-sukan seperti acara menonton kejohanan besar seperti The International 2018 dan Worlds 2018. Melalui pengumuman di laman Facebook mereka, The Pantheon akan memperuntukkan RM10 juta untk membina tiga lagi cawangan pada tahun 2019.

Mereka menyasarkan untuk membantu pembangunan e-sukan tempatan dengan membekalkan paltform terbaik dan berkualiti tinggi bagi pemain tempatan. Mereka akan berkongsikan maklumat lanjut mengenai perancangan ini pada masa akan datang.