League of Legends

Lagu dan Video Muzik K/DA – “POP/STARS” Dipertontonkan Di Acara Pembukaan Perlawanan Akhir Worlds 2018

3 tahun lalu

Lagu dan Video Muzik K/DA – “POP/STARS” Dipertontonkan Di Acara Pembukaan Perlawanan Akhir Worlds 2018

Bersempena dengan penganjuran kejohanan League of Legends World Championship di Korea Selatan, kostum khas K/DA bertemakan k-pop. Kostum ini diberikan kepada Ahri, Evelynn, Kai’Sa dan Akali.

Namun fokus kepada K-pop tidak terhenti disitu apabila Riot Games turut mengumumkan remix bagi lagu tema kejohanan Worlds 2018 yang disertai oleh penyanyi kumpulan iKON iaitu Bobby. Selepas itu, Riot turut mengumumkan bahawa sebuah lagi kerjasama telah dilakukan dengan kumpulan k-pop iaitu sebuah lagi lagu bertemakan kostum K/DA yang dilancarkan mereka.

Lagu yang digelar sebagai POP/STAR ini dinyanyikan oleh Madison Beer, Miyeon (G)I-DLE, Soyeon (G)I-DLE dan Jaira Burns. Lagu tersebut dipersembahan untuk pertama kalinya  di acara pembukaan perlawanan akhir Worlds 2018 di Stadium Munhak, Incheon, Korea Selatan. Persembahan tersebut juga menyertakan teknologi realiti gabungan dimana watak-watak K/DA turut sama menyanyi di pentas akhir tersebut.