League of Legends

Invictus Gaming Adalah Juara League of Legends World Championship 2018

3 tahun lalu

Invictus Gaming Adalah Juara League of Legends World Championship 2018

Masih lagi milik Asia. Harapan pasukan Fnatic mencipta sejarah membawa pulang Summoner’s Cup ke barat berakhir dengan kegagalan apabila Invictus Gaming menewaskan mereka di perlawanan akhir League of Legends World Championship.

Perlawanan akhir yang diadakan di dalam format terbaik dari 5 perlawanan ini berakhir dengan keputusan bersih 3-0 memihak kepada pasukan Invictus Gaming. Mereka mendominasi ketiga-tiga perlawanan untuk membawa pulang piala Summone’s Cup ke China buat pertama kalinya.

Beberapa sejarah masih tercipta dengan kemenangan ini dengan pasukan dari liga LPL memenangi kejohanan ini buat pertama kalinya sejak 8 tahun lalu. Invictus Gaming juga menjadi organisasi e-sukan pertama di dunia yang berjaya merangkul kedua-dua piala Summoner’s Cup dan Aegis of Champions.

Pemain jungler mereka, Gao “Ning” Zhen-Ning juga di anugerahkan sebagai pemain paling bernilai kejohanan. Dengan kemenangan Invicts Gaming ini juga, berakhirlah musim kompetitif League of Legends bagi tahun ini.