Overwatch

Ashe – Hero Terbaru Overwatch Diperkenalkan di BlizzCon

2 tahun lalu

Ashe – Hero Terbaru Overwatch Diperkenalkan di BlizzCon

BlizzCon 2018 sedang berlangsung di Anaheim, California dan semasa acara pembukaan acara tersebut, sebuah hero baharu bagi permainan telah diperkenalkan. Ashe, ketua kepada Deadlock Gang diperkenalkan sebagai hero DPS baharu, hadir dengan senjata The Viper iaitu sebuah raifal semi-automatik, dinamit yang boleh dilempar dan Coach Gun.

Menurut pengarah permainan Overwatch, Jeff Kaplan, Ashe memerlukan skill mekanikal yang tinggi untuk dimainkan. Dengan The Viper, ia digunakan untuk melakukan tembakan pantas, dinamit yang boleh dilemparkan memerlukan masa untuk meletup namun boleh ditembak untuk diletupkan serta merta. Coach Gun pula boleh digunakan untuk melompat kerana kuasa tembakkannya yang juga boleh digunakan untuk menolakkan musuh dan diri pemain bagi mewujudkan jarak.

Baca Juga :   Doomfist Bakal Tiba Ke Overwatch?

Akhir sekali, Ashe juga mempunyai rakan yang boleh diseru iaitu B.O.B, sebuah robot bersaiz besar. Selepas diseru, B.O.B akan menderu ke arah musuh dan menghentam mereka ke udara. B.O.B juga akan menembak musuh menggunakan senjata di tanagn beliau.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments